Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : tempat yg termasuk dlm sesuatu pemerintahan atau keadaan yg sama; daerah: Kapal-kapal itu telah terbabas ke ~ perairan Siam. Malaysia termasuk dlm ~ khatulistiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : 1. tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas): ~ seluas seribu hektar telah disediakan utk projek-projek perindustrian itu; ~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita; 2. lingkungan sesuatu keluasan yg termasuk di dlm sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan, dll), wilayah: tentera musuh menceroboh masuk ke dlm ~ Malaysia; 3. daerah atau wilayah yg sama keadaan buminya atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dll): ~ paya; ~ hutan; ~ tropika; ~ sejuk sederhana; ~ arang batu; ~ pertanian; ~ perladangan; ~ perusahaan; 4. NS kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah; ~ hitam daerah atau selingkungan tempat-­tempat yg dianggap berbahaya (kerana ter­dapat ancaman, gerakan, dsb oleh gerombo­lan pengganas); ~ legeh kawasan (tanah tinggi) yg memisahkan dua hulu sungai atau lebih; ~ perairan bahagian laut sehingga ke beberapa batu dr pantai yg diiktiraf sbg terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan; ~ putih daerah atau selingkungan tempat­-tempat yg dianggap tidak berbahaya (bebas drpd ancaman pengganas); ~ sesak kawasan (biasanya kawasan bandaran) yg padat dgn penduduk (bangunan dsb); ~ sterling ling­kungan yg meliputi negara-negara yg menggunakan mata wang sterling sbg pertukaran asing utamanya; ~ tadahan kawasan yg menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dsb; berkawasan mempunyai (ada) kawasan: pertubuhan antarabangsa yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kawasan (kata nama)
1. Bersinonim dengan daerah: wilayah, mukim, kampung, bahagian, seksyen, jajahan, zon, medan, kampus, gelanggang, arena,

2. Bersinonim dengan pekarangan: parak, halaman.,



Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kawasan berlorekshaded regionBahagian pada gambar rajah yang ditandai dengan garis-garis, titik-titik atau warna. Lihat ContohMenengah Rendah
kawasan berlorekshaded regionBahagian pada gambar rajah yang ditandai dengan garis-garis, titik-titik atau warna.Sekolah Rendah
anulusannulusKawasan yang terletak di antara dua bulatan sepusat. Lihat ContohMenengah Atas
anulusannulusKawasan yang terletak di antara dua bulatan sepusat. Lihat ContohMenengah Rendah
perimeterperimeterJumlah ukuran panjang sempadan satu kawasan yang tertutup.Menengah Atas
luasareaUkuran saiz sesuatu permukaan atau kawasan. Contohnya, luas segi empat tepat = panjang × lebar.Menengah Atas
luasareaUkuran ruang sesuatu permukaan atau kawasan tertutup.Menengah Rendah
perimeterperimeterUkuran keliling sesebuah rajah, bentuk, atau kawasan. Lihat ContohSekolah Rendah
sukuanquadrant1. Suku sesuatu bulatan, sama ada sebagai lengkung ataupun kawasan. 2. Salah satu bahagian apabila satah dibahagikan kepada empat bahagian dengan sepasang paksi koordinat. Lihat ContohMenengah Rendah
ekaracreUnit ukuran dalam Sistem Imperial bagi luas tanah atau kawasan yang bersamaan dengan 4840 ela persegi.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas