Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : tempat yg termasuk dlm sesuatu pemerintahan atau keadaan yg sama; daerah: Kapal-kapal itu telah terbabas ke ~ perairan Siam. Malaysia termasuk dlm ~ khatulistiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : 1. tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas): ~ seluas seribu hektar telah disediakan utk projek-projek perindustrian itu; ~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita; 2. lingkungan sesuatu keluasan yg termasuk di dlm sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan, dll), wilayah: tentera musuh menceroboh masuk ke dlm ~ Malaysia; 3. daerah atau wilayah yg sama keadaan buminya atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dll): ~ paya; ~ hutan; ~ tropika; ~ sejuk sederhana; ~ arang batu; ~ pertanian; ~ perladangan; ~ perusahaan; 4. NS kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah; ~ hitam daerah atau selingkungan tempat-­tempat yg dianggap berbahaya (kerana ter­dapat ancaman, gerakan, dsb oleh gerombo­lan pengganas); ~ legeh kawasan (tanah tinggi) yg memisahkan dua hulu sungai atau lebih; ~ perairan bahagian laut sehingga ke beberapa batu dr pantai yg diiktiraf sbg terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan; ~ putih daerah atau selingkungan tempat­-tempat yg dianggap tidak berbahaya (bebas drpd ancaman pengganas); ~ sesak kawasan (biasanya kawasan bandaran) yg padat dgn penduduk (bangunan dsb); ~ sterling ling­kungan yg meliputi negara-negara yg menggunakan mata wang sterling sbg pertukaran asing utamanya; ~ tadahan kawasan yg menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dsb; berkawasan mempunyai (ada) kawasan: pertubuhan antarabangsa yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kawasan (kata nama)
1. Bersinonim dengan daerah: wilayah, mukim, kampung, bahagian, seksyen, jajahan, zon, medan, kampus, gelanggang, arena,

2. Bersinonim dengan pekarangan: parak, halaman.,



Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kawasan kediam manusia pra-sejarah ditemuiTiadaSabah Times04.10.1989
Kawasan budaya yang kaya: dunia MelayuA. Aziz DeramanNusantara13.08.1989
Kawasan pedalaman perlukan khidmat dalam semua bidangAdibah AminUtusan Melayu29.11.1991
Kawasan Pasifik kini menjadi tumpuan RussiaMahathir MohamadBerita Harian05.06.1985
Sembilan kawasan rukun tetangga sertai malam seniTiadaUtusan Melayu23.09.1994
Pertemuan penulis kawasan selatanHasan PutehMingguan Malaysia23.01.1994
Masa melawat kawasanLanang SejagatMingguan Malaysia22.05.1994
Suasana Di Kawasan Pulatala Tiba-tiba Menjadi GemparMatlobBerita Harian26.02.1976
Kerajaan beri kawasan cengalZulkifli AbdullahUtusan Malaysia09.03.2000
Kolokium Peradaban Kawasan Timur LautNik Safiah KarimBerita Harian15.10.2003
1234

Kembali ke atas