Assalamualaikum. Mohon pencerahan untuk peribahasa bentuk pepatah, iaitu berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian atau berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Bentuk yang manakah lebih tepat penggunaannya. Terima kasih | Penggunaan yang tepat: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian. | Lain-lain | 05.04.2017 |
Saya ingin tahu mengenai penggunaan huruf dan ayat yang betul. 'Yang Ke-69' atau 'yang ke-69' atau memadai Ke-69 sahaja. | Untuk makluman, untuk menentukan ketepatan huruf besar atau kecil, perlu dilihat kedudukan frasa tersebut dalam ayat. Jika kedudukannya di hadapan ayat, perlu ditulis, "Yang ke-69" dan Ke-69. Jika kedudukannya, di tengah-tengah ayat, perlu ditulis "XXX yang ke-69" | Tatabahasa | 20.01.2017 |
salam, ayat manakah lebih gramatis? "murid-murid diminta masuk ke kelas." atau "murid-murid diminta masuk ke dalam kelas." dan bolehkah tuan menjelaskan penggunaan 'ke' dan 'ke dalam'? terima kasih. | Murid-murid diminta masuk ke dalam kelas. Kelas ialah bentuk fizikal yang boleh dilihat ruangnya, maka pengguaan frasa ke dalam atau di dalam yang lebih tepat. | Tatabahasa | 26.08.2016 |
1. Dia tangkap saya ke sini. 2. Saya ditangkap ke sini. Adakah penggunaan "ke" dalam kedua-dua ayat ini betul? | Penggunaan "ke" dalam kedua-dua ayat adalah betul. | Tatabahasa | 05.11.2017 |
Bagaimanakah penggunaan di- dan ke- Bilakah di- dan ke- akan dijarakkan atau dirapatkan dengan perkataan lain? Terima kasih. | Menunjukkan kata arah (“di” dan “ke” dieja jarak) Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengukutinya. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Menunjukkan imbuhan awalan (“di” dan “ke” perlu dieja rapat) Awalan di dan ke ditulis sebagai satu perkataan (bersambung dengan kata yang mengikutinya). Cth. di:dimakan, dibuat, dilaksanakan(kata kerja pasif). ke: ketua, kekasih, kehendak. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 265/266. | Tatabahasa | 14.12.2017 |
1. Adakah ayat sungguh amat cantik betul? 2. Kamu mahu pergi ke kuching atau ke kuala lumpur? Atau pun kamu mahu pergi ke kuching atau kuala lumpur? | 1. Sungguh dan amat ialah kata penguat bebas dan hanya digunakan salah satu dalam ayat, seperti amat kuat atau sungguh kuat. 2. Kamu mahu pergi ke Kuching atau ke Kuala Lumpur? | Tatabahasa | 30.10.2017 |
Salam sejahtera, kata sendi mana yg betul? "Hamid tahu dia mungkin akan lambat tiba di sekolah" atau "Hamid tahu dia mungkin akan lambat tiba ke sekolah?" Sekian, terima kasih. | Penggunaan perkataan yang bermaksud "menuju ke arah sesuatu tempat" perlu ada kata sendi nama ke, seperti ke dewan, ke hutan, ke dalam dan sebagainya. Berdasarkan ketetapan ini, kata sendi nama yang sesuai ialah "ke". Hamid tahu dia mungkin akan lambat tiba ke sekolah. | Lain-lain | 16.12.2019 |
Boleh tak tolong jelaskan penggunaan 'di' dan ' ke' dalam ayat-ayat berikut : 1) Wei Han menyimpan buku di/ke dalam kotak. 2) Wei Han memasukkan buku di/ke dalam beg sekolah. Harap mendapat penjelasan daripada tuan.terima kasih. | (1) Wei Han menyimpan buku ke dalam kotak. (2) Wei Han memasukkan buku ke dalam beg sekolah. Frasa "di dalam" digunakan untuk frasa nama yang menunjukkan tempat yang mempunyai ruang, seperti pen di dalam kotak, manakala frasa "ke dalam" digunakan untuk frasa nama yang menunjukkan pergerakan kepadanya, seperti menyimpan kuih ke dalam bekas. | Tatabahasa | 23.10.2017 |
Salam Satu Malaysia, Tuan, tolong semak jawapan ayat majmuk di bawah. 1.Saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.Keluarga saya berkunjung ke Ladang Teh Sabah.(dan) Jwp: Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah. 2. Pekerja ladang teh memetik daun teh.Pekerja ladang teh memasukkan daun teh ke dalam bakul.(lalu) Jwp:Pekerja ladang teh memetik daun teh lalu memasukkan daun teh ke dalam bakul.(*perlu tambah objek di belakang memetik?) 3. Ibu mengambil beberapa kotak teh.Ibu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran.(lalu) Jwp:Ibu mengambil lalu membawa kotak-kotak teh itu ke kaunter pembayaran. 4.Navin menggantung Jalur Gemilang.Navin menampal Jalur Gemilang.(dan) Jwp: Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang. 5.Pasukan polis berkawad .Pasukan askar berkawad.(dan) Jwp: Pasukan polis dan askar berkawad.( Perlu tambah pasukan di depan askar selepas digabungkan?) 6. Kavita gemar minum jus oren?.Kavita gemar minum jus epal?.(atau) Jwp:Kavita gemar minum jus oren atau epal? (perlu tambah jus di depan epal?) (Tolong beri penjelasan)Terima kasih. *Tolong beri penjelasan | 1. Saya dan keluarga berkunjung ke Ladang Teh Sabah. 2. Pekerja ladang teh memetik daun the lalu memasukkannya ke dalam bakul. 3. Ibu mengambil kotak-kotak teh lalu membawanya ke kaunter pembayaran. 4. Navin menggantung dan menampal Jalur Gemilang. 5. Pasukan polis dan pasukan askar berkawad. 6. Kavita gemar minum jus oren atau jus epal? | Tatabahasa | 09.10.2016 |
Salam sejahtera, Saya tidak pasti pola ayat di bawah: FN + FK 1. (Kami) (melawat ke Melaka.) *melawat ke Melaka -frasa kerja? walaupun terdapat kata sendi nama ke? 2. Tolong semak pola ayat dan ayat dasar yang saya muat naik. Kalau salah tolong beri penjelasan. Sekian, terima kasih. | 1. Pola ayat tersebut ialah FA + FK. FK kerana kata inti ialah melawat (KK), ke melaka merupakan keterangan. 2. Jenis pola ayat yang diberikan adalah betul kecuali berjumlah merupakan kata kerja. Berjumlah bermaksud mempunyai jumlah. | Tatabahasa | 02.10.2019 |