Sadducees ialah anggota satu kumpulan agama
Yahudi yang pernah bergiat di Judea, Palestin,
sehingga tahun 70 M. Puak Sadducees mendapat
pengaruh di Judea selepas Judea menjadi provinsi
Empayar Rom pada tahun 63 S.M. Mereka
menentang sekumpulan orang Yahudi yang dikenali
sebagai Farisi dari segi kepercayaan dan amalan
keagamaan. Tidak seperti orang Farisi, mereka hanya
menerima hukum bertulis Bible Ibrani, dan enggan
mengiktiraf Hukum Lisan sebagai wajib ke atas
mereka. Tambahan pula, puak Sadducees tidak
mempercayai keabadian, seperti yang dipercayai
oleh orang Farisi. Mereka mengatakan bahawa roh
mati bersama dengan jasad. Mereka juga percaya
bahawa semua orang mempunyai kuasa memilih dan
bertanggungjawab terhadap segala kebaikan atau
keburukan yang berlaku pada mereka. Lihat juga
Farisi.