Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.ya] | کباي

Definisi : baju perempuan yg bertangan panjang dan berbelah di bahagian dadanya (ditutup dgn butang, pin, atau kerongsang); ~ labuh = ~ panjang kebaya yg labuh (hingga ke lutut); ~ pendek = ~ bandung kebaya yg singkat (hingga ke pangkal paha). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.ya] | کباي

Definisi : baju berlengan panjang dan berbelah di bahagian dada (ditutup dgn menggunakan kerongsang, butang dll) utk orang perempuan. ~ panjang (labuh) kebaya yg labuh sampai ke lutut. ~ pendek (bandung) kebaya yg singkat sampai ke pangkal paha. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebaya

Puisi
 

Baju putih bukanlah kebaya,
     Pakai hias Baba Melaka;
Hilang jiwa tidak mengapa,
     Asalnya boleh berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul? a. baju melayu atau baju Melayu b. baju kebaya atau baju Kebaya c. pengakap atau Pengakap d. Tunas Puteri atau tunas puteri e. Persatuan Bulan Sabit Merah atau persatuan bulan sabit merah f. pengerusi atau Pengerusi g. setiausaha atau Setiausaha h. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Dalam buku teks BM SJK (C) tahun 5 wujudnya ayat berbunyi: ......sekolah saya mempunyai Taman Sains, Makmal Komputer........... Soalan saya: Mengapa Taman Sains, Makmal Komputer ditulis dalam huruf besar? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah: a. baju Melayu  b. baju kebaya  c. Pengakap  d. Tunas Puteri  e. Persatuan Bulan Sabit Merah   f. pengerusi    g. setiausaha   h.  Bahasa Malaysia (subjek)  i. Taman Sains, Makmal Komputer - nama khas ditulis dengan huruf besar. Tatabahasa07.01.2011
Salam sejahtera, Baju kebaya ialah baju tradisional kaum Nyonya. Adakah ayat ini betul? Adakah kesalahannya? Sekian terima kasih.Ayat "Baju kebaya ialah baju tradisional kaum nyonya" betul.Lain-lain29.11.2023
1) Kamu hendak memakai baju kurung atau baju kebaya? 2) Kamu mahu memakai baju kurung atau baju kebaya? ayat mana yang betul? minta pencerahan encik/puan. terima kasih.

Kedua-dua ayat tersebut betul. Carian jawapan boleh dibuat melalui laman web PRPM atau klik pautan FAQ (Soalan Lazim) melalui laman web KNDBP

Lain-lain10.10.2022
Tuan, Minta beri tunjuk ajar.Adakah ayat berikut betul?jika tidak,tolong betulkan . 1.Mereka mengacau dodol dari pagi hingga malam . 2.Kakak menenun sepasang kebaya untuk dipakai pada hari raya nanti. Terima kasih.1.Ayat "Mereka mengacau dodol dari pagi hingga malam" adalah ayat yang betul. Manakala  ayat kedua pula perlu ditukar kepada  "Kakak menenun kain untuk dibuat sepasang baju kebaya/ Kakak menjahit sepasang baju kebaya untuk dipakai pada hari raya nanti.Tatabahasa20.02.2018
Kegelapan kulit Sarimah tidak menghalangnya dipilih sebagai juara Ratu Kebaya 2010. apakah kata yang sesuai untuk menggantikan kata kegelapan?

Saudara,

Perkataan yang sesuai ialah kehitaman.

Lain-lain25.08.2010
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Baju kebaya yang (sedang) mahal itu adalah untuk ibunya. (b) Encik Hamid dan adiknya sekarang (jauh). (c) Rumah Norlia (jauh) daripada rumah kawan karibnya itu. (d) Hujah Ali dalam pertandingan bahas itu sungguh (padat). (e) Perasaan Jamil (padat) kerana masalah kewangan yang terpaksa ditanggungnya. (f) “Ah, (berada) sajalah kamu ini!” kata kakak. (g) Ali (berada) semasa ibu bapanya mengunjunginya.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
ayat ini betul atau salah dan alasan... 1) data-data yang terdapat dalam dokumen itu didapati benar belaka. 2) patuhilah undang-undang demi untuk keselamatan orang ramai. 3)ibu menjahitkan kakak sehelai baju kebaya.1. Betul.
2. Patuhilah undang-undang demi keselamatan orang ramai. Demi sudah membawa maksud tujuan, tidak perlu lagi diikuti dengan kata untuk.
3. Betul.
Tatabahasa03.04.2014
Samsul Fuad: nak tanya pakar jawi>> kenapa dalam konsonan Y diakhir huruf alif, perkataan ada yang perlu huruf alif dan ada yang tiada huruf alif... contoh perkataan : supaya : سوڤايا budaya : بودايا tak ada huruf alif kebaya : کباي sebaya : سبايMengikut Hukum Luar Darlung, apabila suku kata praakhir terbuka berbunyi [a] diikuti suku kata akhir terbuka yang juga berbunyi [a], maka huruf alif hanya digunakan untuk melambangkan huruf praakhir sahaja, seperti ejaan کباي  dan سباي . Walau bagaimanapun terdapat beberapa patah perkataan yang terkecuali daripada hukum ini bagi mengelakkan kekeliruan dengan perkataan lain seperti supaya dan supai, maka huruf praakhir dan akhir diwakili oleh huruf alif. Perkataan budaya tidak tertakluk pada alasan ini kerana tidak ada perkataan budai. Hal ini perlu kami rujuk kepada pakar ejaan Jawi.Ejaan07.10.2018
Azri Azsr JUM 11.41 PAGI Azri Azsr Assalammualaikum. Saya ingin bertanyakan mengenai isi telur. Apabila seseorang ingin membuat ayat penyata mengenai kandungan telur yang berwarna kuning di tengah-tengahnya, adakah ianya dinyatakan sebabgai 'kuning telur' atau 'telur kuning'? Mohon perjelasan dari pihak berwajib mengenai isu ini.Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Contoh ayat, 1. Kakak memerlukan kuning telur untuk membuat kek 2. Adik memakai baju kebaya yang berwarna kuning telur. Jawapan yang tepat ialah Kuning Telur.Makna29.09.2017
Salam.. Adakah semua perkataan berikut di bawah boleh dikategorikan sebagai simpulan bahasa? Mohon penjelasan pihak DBP. 1.abad komputer 2.abang ipar 3.abang kandung 4.abang kendong 5.abang sanak ayah 6.abang sanak ibu 7.abang saudara 8.abang sepupu 9.abang tiri 10.abilah peringgi 11.baju dalam 12.baju dingin 13.baju hujan 14.baju jas 15.baju Johor 16.baju kahwin 17.baju kebal 18.baju kebaya 19.baju kelepak 20.baju kemeja 21.baju kepuk 22.baju kotong 23.baju kuntum 24.baju kurung 25.baju lasak 26.baju monyet 27.baju panas 28.baju sejuk 29.baju seroja 30.baju teluk belanga 31.baju teratai Terima Kasih.Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam yang bemaksud orang yang tidak memakai kasut dan tangkai jering bermaksud orang yang kedekut. Contoh perkataan yang saudara berikan tidak termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa.Tatabahasa23.11.2012

Kembali ke atas