Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.be.ra.tan] | کبرتن

Definisi : 1. beratnya (benda, perkara, dll): kalau engkau sendiri berada di sini, tentu engkau akan insaf betapa ~ tanggungan kami; 2. kesukaran, kesulitan: tak ada ~ bagi kerajaan menjalankan rancangan itu; 3. Jk terlampau berat, melebihi (muatan): tak terangkat olehnya kerana ~; 4. mengandung sarat; 5. tidak rela (kerana susah dll), tidak suka, enggan: ia agak ~ menemani saya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.be.ra.tan] | کبرتن

Definisi : 1 sesuatu yg menyukarkan: Membaiki rumah itu tidaklah menjadi ~ bagi mereka. 2 berasa susah atau berat hendak melakukan sesuatu: Saya tidak ~ menemani saudara ke tempat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keberatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hospitalizationhospitalisasiPsikologiPsikologi UmumKemasukan pesakit ke tempat atau persekitaran kemoterapi atau farmakoterapi. Tindakan ini boleh membantu pesakit meninggalkan persekitaran yang boleh memudaratkan kesihatan. Hospital berfungsi memberi perlindungan kepada pesakit dari segi rawatan, menjalankan diagnosis, bantuan nasihat psikologi dan sebagainya supaya pesakit sentiasa berasa selamat. Walau bagaimanapun, tidak semua hospital atau persekitarannya berada dalam keadaan sempurna sehingga pesakit merasakan keadaan hospital adalah lebih teruk daripada tempat kediaman mereka. Keadaan ini boleh menyebabkan pesakit sukar untuk pergi ke hospital malah boleh menjadi trauma apabila memikirkan pengalaman buruk yang dihadapi. Pesakit mental yang pernah menjalani rawatan di hospital dalam keadaan sedemikian juga boleh berasa serik untuk ke hospital. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada pesakit tersebut tetapi juga kepada keluarga mereka yang keberatan untuk membawa anak mereka mengulangi rawatan di hospital tersebut.

Kembali ke atas