APAKAH PERBEZAAN PENGGUNAAN PERKATAAN BERSISTEM DAN BERSISTEMATIK. CONTOH AYAT: Diharapkan melalui program yang dirancang secara tersusun dan bersistem dapat kita mengorak langkah, sederap dalam tindakan bersandarkan kebijaksanaan menuju matlamat. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat bersistem ialah ada sistemnya, menurut sistem, sistematik. Sistematik pula ialah berasaskan atau menurut sistem: ekonomi ialah satu cabang ilmu pengetahuan yg ~; 2. pengetahuan mengenai sesuatu sistem. Perkataan bersistem lebih sesuai digunakan berbanding bersistematik. Perkataan bersistematik tidak terdapat dalam pangkalan data PRPM. Diharapkan melalui program yang dirancang secara tersusun dan bersistem, kita dapat mengorak langkah, sederap dalam tindakan bersandarkan kebijaksanaan menuju matlamat. | Tatabahasa | 22.01.2013 |
KETERANGAN BUDI BAHASA BUDAYA BANGSA | Budi bahasa lazimnya merujuk 'tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentas individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan selaku penganjur Kempen Budi Bahasa atau dapatkan buku Budi Bahasa Budaya Kita yang diterbitkan oleh mereka. | Lain-lain | 30.03.2009 |
sila beri maklumat tentang budi bahasa dan aplikasi dalam masyarakat(intraksi masyarakat).berikan contoh-contohnya dalam bentuk gambaran kartun atau pun artikel. | Budi bahasa lazimnya merujuk kepada 'tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan selaku penganjur kempen ini atau dapatkan buku Budi Bahasa Budaya Kita yang diterbitkan oleh mereka. | Makna | 19.08.2006 |
apakah yang dimaksudkan dengan psikologi? | Kamus Dewan Edisi Empat mendefinisikan psikologi sebagai; 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; 3. kebijaksanaan memahami sifat manusia; berpsikologi menggunakan psikologi: bagaimana dia harus ~ melayani anak-anak yg masih kecil?. Saudara boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=psikologi&d=1 untuk lebih lanjut. | Makna | 10.02.2013 |
salam, saya nak tanya pendapat cik/puan/tuan mengenai kempen budi bahasa dalam melestarikan budaya timur. Apakah pendapat cik /puan berdasarkan penyataan tu, adakah adakah budi bahasa tu boleh mengekalkan budaya timur? terima kasih. | Budi bahasa lazimnya merujuk kepada 'tutur kata, kelakuan, sapon santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak yang mulia'. Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan. Untuk menjawab pertanyaan tersebut, tuan bolehlah menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan selaku penganjur kempen ini atau dapatkan buku Budi Bahasa Budaya Kita yang diterbitkan oleh mereka. | Lain-lain | 03.03.2009 |
Mohon semakan terjemahan ayat di bawah This program contains material that may be disturbing to some viewers. Viewer discretion is advised. Kandungan program ini mungkin tidak sesuai bagi penonton tertentu. Budi bicara penonton dinasihatkan. Terima kasih | Ayat yang lebih gramatis ialah Kandungan program ini mungkin tidak sesuai bagi penonton tertentu. Kebijaksanaan penonton amat diharapkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 31.10.2017 |
Boleh kah saya menggunakan perkataan Omega dalam pilihan nama untuk pusat tuisyen? | Saudara, Makna perkataan omega ialah huruf ke-24 (terakhir) dlm abjad Yunani. Dalam konteks lain, perkataan omega merupakan jenama terkemuka bagi jam. Dalam konteks penamaan terutamanya penamaan pusat tuisyen, biasanya nama-nama yang menunjukkan kebijaksanaan, keilmuan atau berbentuk akademik sesuai digunakan. Dalam hal ini jika puast tuisyen tersebut disamakan dengan taraf terkemuka maka perkataan omega bolehlah digunakan. | Makna | 05.08.2010 |
Salam. Saya ingin buat semakan dengan tuan/puan berkenaan ayat yang dipaparkan pada "graphics on screen" sebelum program bermula; "Adut themes" dalam ayat di bawah, adakah terjemahan sesuai ialah "paparan seksual eksplisit" atau bagaimana ya? Begitu juga dengan "This content contains...." Kita boleh terjemah sebagai "Program ini mengandungi" atau "Kandungan ini mengandungi"? "Kandungan" dan "mengandungi" bunyi macam kurang sesuai (berulang). Ayat: THIS CONTENT CONTAINS ADULT THEMES THAT MAY BE UNSUITABLE FOR SOME VIEWERS. VIEWER DISCRETION IS ADVISED. Saya ambil maklum "Viewer discretion is advised" diterjemah sebagai "Kebijaksanaan penonton amat diharapkan". Terima kasih atas segala maklum balas. | Kami mencadangkan terjemahan seperti yang berikut: Program ini mengandungi adegan yang mungkin tidak sesuai untuk sesetengah penonton. Kebijaksanaan penonton amat diharapkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.11.2018 |
Pasukan bola sepak yang ______ telah memenangi perlawanan itu. A. handal B. hebat C. lincah D. tangkas Adakah jawapan "hebat" diterima sebagai jawapan? Apakah perbezaan antara "handal" dengan "hebat"? | Perkataan yang paling tepat ialah handal. Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, handal bermaksud dapat dipercayai atau dapat diharapkan; setia. 2 pandai dan bijak dalam permainan dll; kenamaan (cekap dll): pemain bola yang ~. handalan yang handal: panglima ~. kehandalan keadaan atau sifat handal; kepandaian; kebijaksanaan; kegagahan: Orang ramai pun hairan melihat ~ Hang Tuah membunuh penderhaka itu dgn kapak. | Tatabahasa | 18.02.2014 |
Tiada soalan, tapi nak minta bantuan. Tolong beri tajuk buku karya Prof Ungku Aziz tentang Pantun yang diterbitakan oleh DBP | | Lain-lain | 14.09.2011 |