Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bo.lé.han] | کبوليهن

Definisi : kelayakan, kecekapan: mereka mendapat pekerjaan menurut ~ masing-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bo.lé.han] | کبوليهن

Definisi : sifat-sifat yg membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu: Mereka membuat kerja mengikut ~ masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebolehan

Peribahasa

49

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ability profileprofil kebolehanPendidikanTiadaCarta yang menggambarkan kebolehan pelajar secara menyeluruh berasaskan siri ujian, misalnya ujian kebolehan.
norm referenced testujian rujukan normaPendidikanTiadaUjian yang membenarkan perbandingan dibuat antara kebolehan individu dengan kebolehan orang lain yang telah mengambil ujian yang sama.
CAR (computer aided retrieval)CAR (dapatan semula berbantu komputer)Teknologi MaklumatTiadaSistem yang menggabungkan kebolehan storan dokumen dengan kebolehan pencapaian dan pengindeksan pangkalan data.
aphasiaafasiaPendidikanTiada

 Bahasa tidak teratur yang berkaitan dengan ketidakfungsian saraf dalam otak. Afasia memberi kesan kepada kebolehan memahami perkataan atau kebolehan bertutur.

aphasiaafasiaSains SukanBiomekanikKecelaruan untuk merancang perlakuan yang hendak dilakukan akibat kerosakan yang berlaku pada sistem saraf. Afasia memberi kesan kepada kebolehan memahami perkataan atau kebolehan bertutur.
communicabilitykebolehan komunikasiPendidikanTiadaKebolehan atau kemahiran seseorang atau organisasi dalam berkomunikasi.
diagnosis abilitykebolehan diagnosisPentadbiranTiadaKebolehan mengesan dan menentukan dengan tepat perhubungan antara manusia, pendapat dan keadaan.
sort capabilitykebolehan isihPentadbiran PerniagaanTiadaKebolehan menyusun semula maklumat supaya dapat disiarkan dalam bentuk yang berlainan.
aptitude testujian kebolehan/ujian kecerdasanPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha atau tindakan pemeriksaan untuk mengesan dan mengenal pasti tahap keupayaan dan kebijaksanaan individu. Antara kandungan ujian yang biasa diberi tumpuan ialah menguji tahap kecerdasan intelektual (IQ), kecerdasan emosi (EQ), tahap kekuatan jiwa, kebolehan menangani konflik, kesihatan dan jati diri. Ujian kebolehan merupakan kaedah khas yang dilakukan dalam pengambilan kakitangan baru sesebuah organisasi. Ujian ini juga diamalkan sebagai langkah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan bagi meningkatkan tahap keyakinan. Walau bagaimanapun, tidak semua organisasi melaksanakan ujian kebolehan atau kecerdasan.

ecological generalize abilitykebolehan generalisasi ekologiPendidikanTiadaKebolehan untuk mengeneralisasikan dapatan kajian daripada tempat dan situasi yang lain. Contohnya, daripada bentuk tiruan kepada persekitaran semula jadi.
12345678910...

Kembali ke atas