Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cut] | کچوت

Definisi : 1. kering dan berkedut (bkn kulit tubuh, buah, dll), kisut, lisut (kulit tubuh), kempis (bisul): buah yg ~ dan hampir busuk; bunga yg ~; ia kelihatan masih muda, belum begitu ternampak kedut dan ~nya; 2. berkerut; ~-berut Kl, Tr terlampau kecut (sayur, kulit tubuh, dll); 3. = ~ hati ki takut, gentar, gerun: ia gementar, ~ hatinya bukan main; ~ perut ki (berasa) sangat takut, ngeri, gerun; mengecut menjadi kecut (kisut, lisut), mengedut, mengecil: kain itu ~ setelah dibasuh; mengecutkan 1. menyebabkan kecut (kisut, lisut), mengedutkan, mengerutkan: ubat ini boleh ~ bisul dgn segera; 2. = ~ hati menakut­kan, menggentarkan, menggerunkan, menge­rikan: di sana kami mendengar berita-berita yg ~; kejadian-kejadian ngeri yg ~ hati; kekecutan perihal kecut; pengecutan perihal atau perbuatan menge­cut(kan): ~ otot rambut membuat rambut berdiri lebih tegak; pengecut orang yg tidak berani melakukan atau menghadapi sesuatu situasi (tugas dsb), penakut: yg ~ sudah lama lari; ~-~ yg tak boleh diharap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cut] | کچوت

Definisi : ; berkecut-kecut mengeluarkan bunyi spt bunyi roda yg tidak lancar puta­rannya (kerana kekurangan minyak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cut] | کچوت

Definisi : Jk masam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cut] | کچوت

Definisi : 1 lebih kecil keadaannya (kerana dijemur, terlalu tua dll); lisut (kerana terkeluar isinya): Bunga itu ~. Bisulnya sudah ~. 2 tidak licin; berkerut; berkedut (bkn kulit tubuh dll). 3 = ~ hati berasa takut (gentar, gerun). ~ perut (dlm keadaan) sangat takut; gerun: Dia ~ perut apabila dipanggil oleh Guru Besar. mengecut menjadi semakin kecil; menjadi lisut: Kain itu ~ apabila dibasuh. mengecutkan 1 menjadikan kecut (lisut, susut); melisutkan: Ubat ini dpt ~ bisul dgn segera. 2 menyebabkan kecut hati; menakutkan; menggentarkan. pengecutan perbuatan (hal dsb) mengecut atau mengecutkan: ~ otot-otot. pengecut orang yg kecut hati; penakut: Budak ~ itu sudah lari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecut (adjektif)
1. Bersinonim dengan takut: gentar, gerun, gementar, tidak berani,

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan lisut, kisut, kedut, kempis, susut, seruh, lesut, berkerut, gedeber, kering dan berkedut,

Kata Terbitan : mengecut, mengecutkan, pengecut, kekecutan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
hati gadis itu menjadi kecut apabila melalui lorong yang sunyi itu. adakah perkataan kecut itu sesuai? terima kasihKecut bermaksud kering berkedut, manakala kecut hati dan kecut perut lazimnya dikiaskan kepada perasaan takut, ngeri dan sebagainya. Oleh itu, perkataan yang betul ialah kecut perut seperti "gadis itu berasa kecut perut apabila melalui lorong yang sunyi itu".Tatabahasa13.06.2013
Selamat petang, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya. Adakah perkataan kecut adalah sinonim yang sesuai untuk perkataan "kuncup"? Harap pihak DBP boleh menjawab pertanyaan saya. Terima kasih.

Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan kecut bersinonim dengan 1. Takut, gentar, gerun, gementar, tidak berani 2. (kulit) lisut, kisut, kedut, kempis, susut, seruh, lesut, berkerut, gedeber, kering dan berkedut. Kuncup pula bersinonim dengan kuntum, kudup dan kudu. Oleh itu, kedua-duanya berbeza.

Makna09.09.2020
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Tumbukan peninju itu kena (betul) pada muka lawannya. (b) Negara itu (diam) sahaja setelah perang saudara tamat. (c) Di pantai itu, air laut (kecut) pada waktu pagi. (d) Air bah (kecut) setelah hujan berhenti. (e) Mereka (hidup) di kawasan setinggan itu. (f) Penduduk kampung mendapat (kesan) daripada projek pembangunan itu. (g) Cahaya matanari bersinar dengan (hangat). (h) Mereka tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah yang (hangat) itu. (i) Ruang tamu rumah itu luas dan (longgar). (j) Di dalam dulang itu ada tiga (bekas) gulai.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin mendapatkan istilah terjemahan yang sesuai bagi yang berikut: 1. Shrink wrap 2. Stretch wrap 3. Bundling machine Sekian, didahului dengan ribuan terima kasih.1. Shrink wrap - lelilit kecut (cadangan)
2. Stretch wrap - lelilit regang (cadangan)
3. Bundling machine - Bundling machine
Terjemahan yang kami cadangkan boleh digunakan, jika bersesuaian dengan konsep penggunaannya.
Penyemakan dan penterjemahan04.12.2015
Istilah perkataan TAKUT & Hormat dalam komunikasi semsa

Takut: 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan;

Hormat: 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat);

Makna21.08.2009
SALAM. SAYA INGIN MENDAPATKAN DEFINASI PERKATAAN "TAKUT" DAN H"ORMAT" MENGIKUT DEWAN BAHASA & PUSTAKA

takut: 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan;

hormat: 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat); 

Makna21.08.2009
Tuan, Sila jawap soalan-soalan berikut: 1."Kanda,izinkan bonda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan. Adakah penggunaan "kanda" dan "bonda" betul ? 2.Segera laporkan peristiwa itu kepada guru. 3.Kakinya menjadi kebas kerana lama merendam di dalam sungai itu. 4.Minuman dalam peti ais itu menjadi beku. 5.Orang-orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu. Adakah ayat-ayat no. 2-5 betul?Jika tidak,tolong beritahu cara membetulkannya. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan.Salam sejahtera,

Ayat yang betul:

1. Kanda,izinkan dinda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan.

2. Segera laporkan peristiwa itu kepada guru.

3. Kakinya menjadi kecut kerana lama berendam di dalam sungai itu.

4. Minuman dalam peti ais itu menjadi beku.

5. Orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu.

Sekian, terima kasih.
Makna07.08.2017

Kembali ke atas