kedudukan perkataan "juga" dalam ayat perlu diletakkan di tengah ayat atau di akhir ayat. Contohnya : 1. Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut penting "juga" dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain. atau 2. Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut penting dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain "juga". | Selain berperanan sebagai jalan perhubungan, laut juga penting dalam industri perikanan dan aktiviti ekonomi yang lain. | Tatabahasa | 02.04.2015 |
Saya inginkan kepastian tentang kedudukan huruf Hamzah dalam tulisan Jawi. Bagaimanakah yang dimaksudkan kedudukan Hamzah 3/4 dari huruf Alif. Bagaimanakah cara skala kedudkannnya dikira. Sila Lihat attachement untuk maksud kepada soalan saya ini. | Kedudukan Hamzah 3/4 sebenarnya tidaklah perlu terlalu terperinci sangat dari sudut kedudukannya. Penamaan diberikan 'tiga suku' diberikan hanya untuk membezakan fungsinya dengan Hamzah yang lain (kedudukannya). Sekiranya ukuran ini perlu untuk keperluan teknikal, kedudukan yang tepat ialah Hamzah 3/4 dalam rajah yang kedua (bawah). Kedudukan ini telah dibincangkan dalam jawatankuasa khusus bersama MOSTI (melalui MyNic) untuk diusulkan ke 'Unicode'. | Lain-lain | 11.09.2009 |
bagaimana kedudukan logo pada spine buku, menegak atau sama dengan kedudukan teks di spine buku | Kedudukan logo pada tulang buku (spine) ialah menegak. | Lain-lain | 31.03.2015 |
Tuan, Frasa sendi nama 'pada peringkat' lebih tepat berbanding dengan frasa sendi nama 'di peringkat'. Bagi ayat tersebut, yang manakah lebih tepat. 'di kedudukan ke-18 daripada 189 negara ATAU 'pada kedudukan ke-18 daripada 189 negara'. adakah kedudukan tersebut membawa maksud tempat. Sekian, terima kasih. | Frasa yang lebih tepat ialah "pada kedudukan ke-18 daripada 189 Negara". Kedudukan tidak membawa maksud tempat. | Tatabahasa | 24.03.2015 |
Yang manakah yang paling tepat: a) Dua patung itu berada di kedudukan yang salah. b) Dua patung itu berada pada kedudukan yang salah. | Ayat yang gramatis ialah "Dua patung itu berada pada kedudukan yang salah". | Tatabahasa | 26.08.2011 |
Bagaimanakah kedudukan bahasa Melayu baku kini? Adakah diteruskan penggunaannya atau ditarik balik? | Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata dan laras bahasa. Dan Bahasa Melayu baku telah lama digunakan dan kekal sehingga kini. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
Apakah kedudukan sistem baku dalam bahasa Melayu kini? Adakah sistem ini dimansuhkan atau dibekukan ? | Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai sistem dan standard. | Lain-lain | 12.05.2011 |
Apakah kedudukan bahasa Melayu baku dalam konteks Malaysia hari ini? Adakah masih dikuatkuasakan penggunaannya dalam kalangan rakyat Malaysia ? Pengguna bahasa Melayu keliru dengan sebutan baku yang kaku. Contohnya koir sepatutnya dibaca ko+ir tetapi menjadi koyer, kehijauan sepatutnya dibaca ke+hi+jau+an tetapi menjadi kehijauwan, pakaian sepatutnya dibaca pa+kai+an tetapi menjadi pakaiyan. | Encik Rizuan, Bahasa Melayu baku masih menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Untuk makluman saudara, perkataan koir ialah padanan perkataan choir dalam bahasa Inggeris. Perkataan choir telah diterima pakai dalam bahasa Melayu dan disuai padan dengan sistem ejaan bahasa Melayu (c/ch - k). Penetapan ini telah diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Istilah (Kesenian) dan Kamus Dewan. Sebutan bagi perkataan ini ialah koir bukan koyer, begitu juga dengan kehijauan disebutan ke.hi.jauan, pakaian disebut pa.kaian. | Ejaan | 11.05.2010 |
Apakah kedudukan Bahasa Melayu dalam pemeringkatan (ranking) dunia dari segi bahasa pertuturan? | Puan terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Bahasa Melayu mengikut kajian terkini berada pada tempat keempat. Terima kasih | Tatabahasa | 20.10.2009 |
Bagaimana kedudukan bahasa melayu pada zaman sekarang dari sudut politik, ekonomi dan sosial? | Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. | Lain-lain | 08.09.2007 |