Sweet pea ialah bunga taman kegemaran yang
tergolong dalam famili yang sama dengan famili
kacang pis. Sweet pea ditanam kerana kecantikan
dan keharuman bunganya. Bunga sweet pea
berwarna biru, merah, samar, ungu atau putih.
Sesetengahnya kelihatan seperti rama-rama.
Terdapat lebih daripada 1000 jenis sweet pea. Pada
sesetengahnya, kelopak bunganya licin dan bak
baldu. Pada yang lain, bunganya berkedut-kedut
dan berombak-ombak. Tumbuhan ini mungkin
kerdil, yang tumbuh berhampiran dengan tanah
atau memanjat, yang tumbuh di sepanjang tali atau
junjung. Terdapat juga banyak jenis tumbuhan saka
yang menarik dari selatan Eropah. Misalnya,
everlasting pea tumbuh liar di United Kingdom.
Bunganya besar dan berwarna samar magenta.