Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ha.ru.san] | کهاروسن

Definisi : 1. sesuatu yg harus (patut dll) dilakukan atau sesuatu yg mesti terjadi, ke­mestian, kewajiban: membela maruah orang tuanya memang suatu ~; 2. sesuatu yg boleh berlaku atau mungkin berlaku (ter­jadi), ke­mung­kinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ha.ru.san] | کهاروسن

Definisi : 1 keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2 keadaan mungkin; kemungkinan: ~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3 sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harus (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: patut, wajar, perlu, tidak boleh tidak, tidak dapat tidak,

2. Dalam konteks hukum Islam
bersinonim dengan jaiz, mubah,

Kata Terbitan : seharusnya, mengharuskan, keharusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara perlu dan hendaklahPerlu bermaksud keharusan (yang tidak dapat dielakkan), atau disebut juga kemestian: perlu juga membawa pelbagai makna lain termasuklah menjadi kemestian (untuk mendapat sesuatu ), harus ada (diperoleh),  sesuatu yang dikehendaki hajat, kepen­tingan, hajat, kehendak, maksud, tujuan dan sebagainya, manakala hendaklah bermaksud tidak dapat tidak; mesti; dan patut. Untuk maklumat lanjut puan boleh layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan lihat pelbagai maksud lain yang mendukung makna kata perlu.Makna11.01.2011
tolong beri takrif atau definisi perkataan berikut: 1.alternatif 2. autentik 3.kesedaran kendiri 4.Ingin tahu(curiosity) 5.fokus 6. Inisiatif 7.Minda kelas Pertama 8.Pentaksiran 9.Jati diri1. Alternatif = 1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); 2. satu pilihan antara dua kemungkinan.  2. Autentik bermaksud dapat dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar.  3. Kesedaran kendiri bermaksud kesedaran sendiri. 4. Ingin tahu bermaksud sifat ingin tahu.  5. Fokus bermaksud tumpuan perbincangan, perhatian dan sebagainya. 6. Inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula. 7. Minda Kelas Pertama minda iaitu mempunyai minda tahap tertinggi, eksklusif dan terbaik. 8. Penaksiran bermaksud perihal mengira atau menghitung banyaknya sesuatu, menyangka, menelah, mengagak, mengira. 9. Jati diri ialah identiti.Makna16.09.2008
1. Bolehkah kita menjelaskan kosa kata ~"kewajiban" bermaksud sesuatu yang wajib dilakukan dalam kehidupan, manakala "kewajipan" pula bermaksud sesuatu yang tertera atau yang tertulis?Untuk makluman, kewajipan dan kewajiban membawa maksud yang sama iaitu:
 a) Sesuatu yg diwajib¬kan, kemestian, keharusan. b) Tugas (tanggungjawab) yang harus dilakukan atas perintah.
Tatabahasa01.10.2015
apakah perbezaan antara PERLU dan MESTI

Merujuk Kamus Dewan bermaksud tidak boleh tidak atau wajib, dan mesti juga boleh membawa maksud pasti, tentu dan patut. Contoh ayatnya, 1. Saya mesti pergi hari ini juga dan 2. Orang yang kaya tidak semestinya hidup bahagia. Perlu pula ditakrifkan sebagai keharusan (yang tidak dapat dielakkan), atau disebut juga kemestian (untuk mendapatkan sesuatu), dan perlu juga membawa maksud  harus ada (diperoleh), berguna, mustahak dan penting. Contoh ayatnya, 1. Setiap borang permohonan perlu ditandatangani oleh pemohon, dan 2. Kerjasama petani-petani adalah perlu untuk menjayakan rancangan tersebut. Kedua-dua kata tersebut membawa banyak makna, ada makna dalam kedua-dua kata tersebut sukar untuk dibezakan penggunaannya(seperti contoh ayat pertama tiap-tiap kata) dan makna yang boleh dibezakan penggunaannya (seperti contoh ayat kedua).

Makna11.01.2011
1. Sila jelaskan perbezaan untuk kosa kata di bawah ini kerana sukar mendapatkan satu kepastian~'kewajiban' dengan 'kewajipan' DAN 'perburu' dengan 'pemburu'. 2. Yang manakah betul~ a. Dengan ini, adalah dimaklumkan bahawa b. Dengan ini dimaklumkan c. Adalah dimaklumkan dengan ini d. Dengan ini dimaklum bahawaPenggunaan yang betul:

1. Kewajipan dan kewajiban membawa maksud yang sama iaitu:
 a) Sesuatu yg diwajib­kan, kemestian, keharusan. b) Tugas (tanggungjawab) yang harus dilakukan atas perintah.

2. Perburu ialah orang yang berburu, manakala pemburu ialah orang yang memburu. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 115 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

3.  Ayat yang betul ialah Dengan ini dimaklumkan bahawa…  Adalah ialah kata pemeri. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja. Adalah dimaklumkan (salah). Bahawa ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contohnya: Dengan ini dimaklumkan (sesuatu).  Esok Hari Raya Aidiladha. => Dengan ini dimaklumkan bahawa esok Hari Raya Aidiladha.
Tatabahasa28.09.2015

Kembali ke atas