Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ja.ya.an] | کجاياءن

Definisi : perihal berjaya, kemenangan, hasil: apabila sudah mendapat ~ dlm pe­lajaran barulah hal rumah tangga di­rancangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ja.ya.an] | کجاياءن

Definisi : hal berjaya; kemenangan; kemajuan: Adnan telah mencapai ~ yg gilang-gemilang dlm peperiksaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaya
Kata Terbitan : berjaya, menjayakan, kejayaan,

Peribahasa

Naik seperti semut,
     turun seperti ribut.

Bermaksud :

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
critical success factorfaktor kejayaan kritikalPengurusanPerancanganFaktor yang merupakan aspek terpenting yang menjadi penentu kejayaan sesuatu tugas atau projek. Faktor kejayaan kritikal perlu ditentukan oleh pihak pengurusan bagi memastikan keputusan dan tindakan yang diambil adalah yang paling tepat bagi mencapai matlamat dan tujuan yang ditetapkan. Contoh faktor kejayaan kritikal bagi sesuatu perniagaan adalah dengan memastikan kepuasan pelanggan diutamakan.
critical success factorsfaktor kejayaan kritikalTeknologi MaklumatTiadaPerkara-perkara yang difikirkan paling penting oleh eksekutif untuk mencapai kejayaan semasa menjalankan tanggungjawabnya.
causal attributionspenyebab sikapPendidikanTiada

 Kejayaan penjelasan yang diberikan oleh seseorang terhadap kejayaan dan kegagalan.

strategic thinkingpemikiran strategikPengurusanPerancanganCara seseorang berfikir untuk merancang kejayaan masa hadapan organisasi dengan mengambil kira faktor pengalaman lalu dan menganalisis persekitaran dan cabaran semasa. Pemikiran strategik boleh membantu pemimpin organisasi membuat keputusan secara tuntas dan berkesan bagi memastikan kejayaan organisasi dalam jangka masa panjang. Contohnya, keputusan yang dibuat oleh pemimpin yang berfikiran strategik untuk melabur dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi dan inovasi supaya lebih berdaya saing.
negative binomial distributiontaburan binomial negatifMatematikTiadaTaburan pemboleh ubah rawak diskret dengan fungsi taburan kebarangkaliannya, di mana P adalah kebarangkalian kejayaan, dan k adalah bilangan cubaan Beroulli yang diperlukan untuk memperoleh r kejayaan.
reimplantation of toothpenanaman semula gigiPergigianTiadaPeletakan semula gigi yang tercabut ke dalam soket. Peratus kejayaan gigi penanaman semula berintegrasi dengan tulang bergantung kepada tempoh gigi terdedah kepada persekitaran serta keadaan tisu periodontium. Medium yang digunakan untuk menyimpan gigi tercabut juga memainkan peranan dalam menentukan kejayaan prosedur penanaman semula. Contoh medium ialah air liur pesakit, air distil dan susu segar.
academic aptitudekecenderungan akademikPendidikanTiada1. Berkeupayaan menyelesaikan masalah yang abstrak secara intelek. 2. Kebolehan yang sedia ada dan diperoleh melalui pembelajaran yang diperlukan untuk kejayaan dalam situasi persekolahan. 3. Gabungan ciri peribadi dan tingkah laku yang diperlukan untuk kejayaan dalam situasi pembelajaran.
teaching successkejayaan mengajarPendidikanTiadaTiada
fishing successkejayaan penangkapan ikanPerikananTiadaTiada
marriage successkejayaan perkahwinanSosiologiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas