Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.kal] | ککل

Definisi : tetap ada berterusan (utk sepanjang masa), tidak hapus (luput, hilang, berubah, dsb), abadi: berusaha utk mewujudkan keamanan yg ~; kasih yg tidak ~; iman yg sempurna dan pekerti yg baik itulah yg ~, disebut orang selama-lamanya; dunia (alam) yg ~ akhirat; ~ abadi kekal utk selama-lamanya; ~ karar kekal serta aman tenteram; tidak ~ bunga dikarang prb perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya; berkekalan sentiasa ada atau berterusan (tidak hapus, hilang, berubah, dsb utk sepan­jang masa atau lama sekali), berlanjutan (utk selama-lamanya): Quran kemudian ditulis dlm bentuk sebuah kitab yg ~ hingga hari ini; oleh sebab keadaan darurat berlanjutan, ~lah perintah berkurung yg dikenakan itu; berkekalkan sl = mengekalkan; mengekalkan menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlan­jutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang; kekekalan perihal kekal, keadaan yg tetap (tidak luput, berubah, dsb) selama-lamanya; pengekalan perihal (usaha dsb) mengekal­kan, pemeliharaan (supaya berterusan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.kal] | ککل

Definisi : ada selama-lamanya; tidak berubah selama-lamanya; abadi: Hanya Allah saja yg ~. ~ abadi kekal utk selama-lamanya. ~ karar kekal dan tenteram. berkekalan tetap selama-lamanya; tidak hilang-hilang; tidak berubah-ubah keadaannya; tidak berkesudahan; berlanjutan: Baginda telah menamai tempat itu Melaka, dan ~lah nama itu hingga hari ini. mengekalkan menjaga (memelihara, mengusahakan) supaya kekal; menjadikan kekal: Apa ikhtiar kita utk ~ keamanan di negara kita ini? kekekalan keadaan atau hal kekal (tidak berubah-ubah) utk selama-lamanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kekal (adjektif)
Bersinonim dengan baqa, abadi, malar, tekal, tetap, selama-lamanya, lestari, diam, abid, tidak berubah-ubah, langsung, terus, langgeng;,
Kata Terbitan : berkekalan, mengekalkan, kekekalan,

Puisi
 

Rambut ikal gulung di dahi,
     Khabar pulang bersarung gigi;
Rasa tak kekal diam di sini,
     Akhir pulang ke tempat sendiri.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Embun di hujung rumput.

Bermaksud :

Tiada kekal.

 

Lihat selanjutnya...(10)

196

Every flow has its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Hari tidak selamanya panas

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow has its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, hari tidak selamanya panas. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
permanent settlementpenyelesaian kekal; petempatan kekalSejarahTiadaPetempatan kekal: Petempatan atau tempat kediaman yang didirikan di sesebuah kawasan atau sekitarannya yang bersifat kekal dan tidak berpindah-randah.
permanent settlementpenyelesaian kekal; petempatan kekalGeografiTiadaTiada
permanent settlementpenyelesaian kekal; petempatan kekalPentadbiranTiadaTiada
semi (permanent)separa (kekal)Pentadbiran PerniagaanTiadaBerkaitan dengan sebahagian sahaja yang kekal atau tidak sepenuhnya kekal.
keeperpengekalKejuruteraanTiada1. Pengekal: Pengalir magnet, yang ditempatkan pada hujung magnet kekal, digunakan untuk menyempurnakan litar magnet bagi magnet kekal, demi melindungi magnet kekal itu daripada pengaruh-pengaruh penyahmagnetan.,3. Anak tangga atau galas boleh gerak yang di bawah pada kotak gandar.
permanentbentuk kekalPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPerubahan kekal pada bentuk atau dimensi kayu yang dikenakan daya yang melebihi had keanjalan kayu berkenaan. Bentuk dan dimensi kayu akan kekal dan tidak boleh berubah balik kepada bentuk dan dimensi asalnya. Sin: set kekal
permanent life insuranceinsurans hayat kekal/insurans nyawa kekalPentadbiran PerniagaanTiadaBentuk polisi insurans hayat yang lain daripada kumpulan dan sementara, biasanya insurans hayat yang mempunyai nilai tunai. Contoh: polisi endowmen dan insurans hayat seumur hidup.
permanent life insuranceinsurans hayat kekal/insurans nyawa kekalEkonomiTiadaTiada
handicapkecacatanGerontologiTiadaKetidakupayaan seseorang secara kekal atau separa kekal untuk melakukan aktiviti sosial, pekerjaan atau aktiviti lain disebabkan oleh kelainan fizikal atau mental.
energy storagestoran tenagaFizikNanoteknologiSistem untuk menyimpan suatu sumber tenaga yang tidak kekal kepada bentuk tenaga kekal bagi kegunaan pada masa akan datang. Contohnya, tenaga sinaran matahari disimpan sebagai tenaga kimia dalam.
12345678910...

Kembali ke atas