Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.la.han] | ککالهن

Definisi : keadaan atau hal kalah: Tidak berapa lama kemudian, askar-askar itu telah menyerang sekali lagi utk menebus ~ mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ka.la.han] | ککالهن

Definisi : perihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kalah (adjektif)
1. Bersinonim dengan tewas: tumpas, kecundang, alah, gagal, patah, gugur rugi, hilang,
Berantonim dengan menang

2. Bersinonim dengan tidak lulus: gagal, kecundang,

3. Bersinonim dengan tidak setanding: tidak setaraf, tidak sebaik, tidak sebagus,

Kata Terbitan : mengalah, mengalahkan, kekalahan,

Peribahasa

Awak yang celaka,
     orang yang diumpat.

Bermaksud :

Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain pula yang disesalkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Alah di rumpun betung.Kekalahan yang belum memuaskan hati kepada pihak yang kalah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Awak yang celaka, orang yang diumpat.Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain pula yang disesalkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas