Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.sih] | ککاسيه

Definisi : orang yg dikasihi (dicintai), buah hati: ia selalu menulis surat kpd ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.sih] | ککاسيه

Definisi : orang yg dikasihi; buah hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ka.sih] | ککاسيه

Definisi : orang yg dikasihi; orang yg dicintai; buah hati: ~nya selalu menulis surat kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kasih (kata kerja)
1. Bersinonim dengan cinta: berahi, sayang, suka, asmara,
Berantonim dengan benci

2. Bersinonim dengan belas kasihan, kurnia, timbang rasa, beri perhatian, simpati,
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : berkasih, berkasih-kasihan, mengasihi, kekasih, pengasih, kasihan, kasihkan, mengasihani,

Puisi
 

Jika Leman kekasih orang,
     Dipalit dengan tenun aksinya;
Ingat-ingat abang seorang,
     Balik belakang ada gantinya.


Lihat selanjutnya...(79)
Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Bermaksud :

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

PantunSumberTema
Penat hamba mencari selasih, Selasih sudah dimakan helang; Penat sahaja menanti kekasih, Kekasih sudah dibawa orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Layang-layang terbang melayang, Singgah hinggap di pohon jati; Marilah wahai kekasih sayang, Kekasih kupuja segenap hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jika Leman kekasih orang, Dipalit dengan tenun aksinya; Ingat-ingat abang seorang, Balik belakang ada gantinya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Selasih masak sebiji, Dimakan beruk betina; Kekasih merajuk hati, Badanku rosak binasa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Selasih berdahan rapuh, Ke situ tupai melompat; Kekasih berjalan jauh. Kutunggu sampai kiamat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Selasih jangan tinggi, Kalau tinggi berdaun jangan; Kekasih jangan pergi, Kalau pergi bertahun jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tuan Melana saya Melini, Makan terubuk seorang menelan; Kekasih di sana abang di sini, Ibarat pungguk rindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pak Salleh membuat rebana, Ambil kayu dari bukit; Jika kekasih papa kedana, Bapa tak pandang barang sedikit.Pantun Melayu SarawakKasih
Putih kain putih bajuku, Putih dicuci embun salji; Jika kekasih bohongi daku, Putus kasih terlerai janji.Pantun Melayu SarawakKasih
Bila selasih digirik kumbang, Lambat-laun dahankan patah; Bila kekasih diambil orang, Berbilang tahun dendam tak sudah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas