Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tenaga, daya: makanan spt gula dan lemak menambah ~ badan; 2. kekuasa¬≠an, keteguhan, kekukuhan: ~ musuh tidak dapat diduga; ~ batin (hati) kekuatan yg terdapat dlm batin manusia, kekuatan yg bukannya bersifat keduniaan (kebendaan); ~ iman keteguhan iman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tenaga; daya: Umurnya beransur tua dan ~nya pun makin berkurang. 2 keadaan kuat; keteguhan; kekukuhan: Kita hendaknya janganlah mengecil-ngecilkan ~ pihak musuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuat (adjektif)
1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh,
Berantonim dengan lemah

2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan,
Berantonim dengan rapuh

3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar,
Berantonim dengan lemah

4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat,
Berantonim dengan ringan

5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,

6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,

Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan,

Peribahasa

Kuat berdiri pohon kerana akarnya,
     kuat akar kerana tanah.

Bermaksud :

Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wood strengthkekuatan kayuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPerihal sifat kayu yang boleh menahan daya atau beban yang dikenakan ke atasnya. Kekuatan kayu biasanya dinyatakan sebagai tegasan, termasuk tegasan tegangan, tegasan lentur, dan tegasan ricih. Contoh kekuatan kayu ialah kekuatan lentur, kekuatan ricih, kekuatan tegangan, dan kekuatan hancur.
bearing strengthkekuatan alas; kekuatan bearingFizikTiadaTiada
final strengthkekuatan akhirKejuruteraanPetroleumKekuatan simen pada masa tertentu yang jika dibiarkan akan terus berada pada keadaan tekanan dan suhu yang sama, dan tidak ada lagi peningkatan kekuatan terjadi. Nilai kekuatan akhir ini biasanya diuji untuk keadaan suhu dan tekanan tertentu.
air powerkuasa udaraSains PolitikHubungan AntarabangsaKekuatan ketenteraan negara tertentu yang menguasai ruang udara. Prasyarat asas bagi pembangunan kuasa udara adalah dengan memiliki kekuatan ekonomi, kekuatan teknologi dan tenaga kerja yang tinggi kemahirannya serta aktif dalam penyelidikan dan pembangunan. Pada masa ini, hanya sedikit negara yang mampu menguasai ruang udara. Oleh itu, berlaku keadaan ketidakseimbangan antara negara kuasa udara dengan negara yang tidak mampu membangunkannya. Kebanyakan negara banyak bergantung kepada kuasa besar bagi mengukuhkan keupayaan pertahanan udara masingmasing. Kedudukan ini mempengaruhi strategi perang khususnya di ruang udara. Contoh negara yang menguasai ruang udara ialah Amerika Syarikat.
bone densityketumpatan tulangMakanan dan PemakananPemakananJumlah mineral dalam tisu tulang yang merujuk kekuatan tulang. Kekuatan tulang dipengaruhi oleh pengisian matriks tulang dengan pelbagai mineral. Ukuran ketumpatan tulang dalam perubatan klinikal digunakan sebagai petunjuk tidak langsung kepada osteoporosis dan risiko keretakan tulang.
dry strengthkekuatan keringPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNilai kekuatan ikatan perekat yang ditentukan sebaik sahaja proses pengeringan dalam keadaan tertentu atau selepas penyesuaian pada atmosfera makmal yang piawai. Sifat kekuatan yang sering diuji ialah kekuatan ricih.
wet strengthkekuatan basahPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNilai kekuatan ikatan perekat bagi hasil kayu yang ditentukan sebaik sahaj sampel dikeluarkan daripada rendaman cecair dalam tempoh masa, suhu, dan tekanan yang tertentu. Jenis ujian kekuatan yang biasanya dijalankan ialah kekuatan ricih perekat.
green strengthkekuatan hijauKejuruteraanPolimerKekuatan tegangan bahan atau sebatian yang belum terawet atau tervulkan seperti kekuatan tegangan getah asli tak tervulkan.
crippling strengthkekuatan remukanAeroangkasaTiadaKekuatan bahagian pesawat udara apabila kulit atau gelegar bahagian itu mula meleding.,Kekuatan bahagian pesawat udara apabila kulit atau gelegar bahagian itu mula meleding.
phonfonKejuruteraanTiadaUnit untuk mengukur kekuatan bunyi, dengan kekuatan n fon mewakili punca piawai dengan keamatan n desibel di atas ambang pendengaran.
12345678910...

Kembali ke atas