Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak berapa terang (bkn cahaya, keadaan hari, dll), (agak) gelap, suram: hari sudah mulai ~; ia berada dlm cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang atau jelas kelihat­an (bkn tulisan, benda, dll), kabur; 3. kurang nampak (mata), tidak dapat melihat dgn terang, kabur: surat itu susah hendak dibacanya kerana matanya ~; ~ baja petang hari (kira-kira pukul empat); ~ lebam (pekat, keciak, kelimut) ark sangat gelap, gelap-gelita; ~ disigi, lekung ditinjau prb sesuatu yg kurang jelas hendaklah diselidiki dgn saksama; mengelamkan 1. menjadikan kelam (tidak terang, tidak jelas), mengaburkan; 2. menjadi­kan (agak) gelap, menyuramkan, menggelap­kan; kekelaman perihal kelam, kegelapan: dlm ~ gerhana itu, Dewi melarikan diri; pengelaman perihal atau perbuatan menge­lamkan, penggelapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bilah-bilah besi yg digunakan utk memperteguh sambungan balak dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak berapa terang atau tidak berapa cerah; suram (ttg cahaya, tulisan dll): Cuaca ~ benar hari ini, hendak hujan agaknya. 2 tidak dpt melihat dgn terang; kabur (penglihatan): Matanya ~. mengelamkan menjadikan kelam (tidak terang). kekelaman keadaan kelam; kesuraman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : kelam

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelam


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sel rodrod cellSel saraf mata yang sensitif cahaya, yang berfungsi dalam keadaan yang terbaik dalam cahaya kelam, dan membolehkan penglihatan berfungsi dengan baik pada waktu malam.Menengah Atas

Kembali ke atas