Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.hi.ran] | کماهيرن

Definisi : kecekapan, kepandaian: ~ Fernando tentang pelayaran telah diketahui oleh mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.hi.ran] | کماهيرن

Definisi : kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Lancar kaji kerana diulang,
     pasar jalan kerana diturut.

Bermaksud :

Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang). pasar = licin, mati rumput.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
terangkan tentang kemahiran lisan,kemahiran membaca dan kemahiran menulis.Kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur menggunakan bahasa Melayu yang betul. Kemahiran membaca ialah kemahiran menyebut kata dengan bunyi dan nada yang betul. Kemahiran menulis ialah kemahiran mengeja, membuat ayat, memilih kata dan seterusnya membuat ayat yang betul. Sila dapatkan maklumat lanjut daripada Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.Makna30.10.2006
Apa yang dimaksudkan "asas kemahiran" dan "kemahiran asas". Bagaimana pula dengan "asas akademik"? Terima kasih.Asas bermaksud 1. alas, dasar, tapak; atau 2. sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain. Oleh itu, asas kemahiran bermaksud dasar kemahiran dan kemahiran asas merujuk kepada kemahiran tahap awal/bahagian sebelah bawah dari sesuatu (tapak).Makna27.06.2011
Boleh berikan definisi 'Kemahiran Belajar'?Kemahiran belajar bermaksud kemahiran dan pengalaman murid atau pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sila rujuk Bahagian pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk maklumat lanjut.Makna12.02.2007
bengkel kemahiran hidup atau Bengkel Kemahiran Hidup bilik buku teks atau Bilik Buku TeksEjaan yang betul ialah Bengkel Kemahiran Hidup dan Bilik Buku Teks - kedua-duanya kata nama khas.Ejaan17.01.2011
apa itu kemahiran komunikasi takrif komunikasi interpersonal dan intrapersonalKemahiran komunikasi ialah kemahiran berhubung antara penghantar (sumber) dan penerima (sasaran) melalui medium komunikasi. Komunikasi interpersonal adalah seperti komunikasi antara perorangan, komunikasi perseorangan, komunikasi bersemuka. Komunikasi intrapersonal ialah komunikasi yang berlaku dalam diri seseorang seperti monolog yang ditujukan kepada diri sendiri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, saudara boleh merujuk mana-mana Jabatan Komunikasi di IPTA dan IPTS.Lain-lain08.01.2008
Assalamualaikum, 1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kemahiran ini menjadi fokus dalam sistem pendidikan di negara kita sekarang. Soalannya, dari segi ejaan, DBP memutuskan ejaan yang bagaimana? Huruf awalnya berhuruf besar atau semuanya huruf kecil? Terima kasih.KBAT ialah singkatan atau akronim bagi frasa “Kemahiran Berfikir Aras Tinggi“ yang terbentuk melalui cantuman huruf awal perkataan. Oleh itu, huruf awal perkataan hendaklah berhuruf besar. Contoh lain seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).Ejaan21.09.2018
Salam sejahtera. Apakah jawapan untuk ayat di bawah? Ayat: Ujian lisan diadakan untuk menguji _________ murid-murid berkomunikasi. (A) kefasihan (B) kemahiranKemahiran.Tatabahasa18.03.2014
Apakah definisi bagi perkataan 'life skill'?. Perkataan kemahiran hidup kurang tepat kerana ianya melibatkan kemahiran psikomotor sahaja sedangkan life skill yang sebenar adalah melibatkan keseluruhan aspek kemahiran untuk seseorang hidup.Dalam bidang pendidikan life diterjemahkan kepada hidup seperti life process ialah proses hidup dan life cycle ialah kitar hidup. Oleh itu, life skill juga diterjemahkan kepada kemahiran hidup. Jika ada pandangan atau cadangan lain tentang istilah tersebut boleh kami bincangkan dengan Bahagian Peristilahan. Sila hubungi kami di alamat e-mel ayu@dbp.gov.my atau aishah3@dbp.gov.my.Istilah30.09.2013
Dua soalan: 1. Saya ingin bertanya tentang istilah 'employability skills' dalam bahasa melayu. Sebelum ini, saya terjemahkan kepada 'kemahiran kebolehkerjaan' atau 'kemahiran kebolehdapatan kerja' untuk kajian saya. Adakah istilah atau terjemahan itu diterima pakai oleh DBP. 2. Adakah orang kurang upaya (OKU) telah bertukar kepada orang kelainan upaya? Tahun lepas, saya telah bertanya kepada pihak JKM dan mereka maklumkan masih kekal orang kurang upaya tetapi mengapa media massa (elektronik dan cetak) menggunakan orang kelainan upaya? Mereka rujuk kepada siapa? Saya amat memerlukan pengesahkan istilah tersebut untuk kajian saya. Sekiranya telah bertukar istilah, bagaimana dengan Akta Orang Kurang Upaya 2008? Saya amat berharap kepada maklum balas daripada pihak DBP dengan kadar segera. Sekian, terima kasih.1. Padanan bagi istilah employability iaitu kebolehgajian telah diputuskan dalam Perbincangan Istilah Semasa Bil.1/2010. Employability skills boleh diterjemahkan kepada Kemahiran Kebolehgajian.

2. Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini penggunaan "Orang Kelainan Upaya" lebih kerap didengari/dibaca seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun belum ada apa-apa perubahan buat masa ini dan penggunaan "Orang Kurang Upaya"  masih dikekalkan.
Tatabahasa26.06.2013
1.Apakah nama untuk binaan kayu atau besi yang digunakan untuk meletakkan kertas ucapan semasa berucap ? 2. Pertandingan memancing (adakah pertandingan yang memancing), kemahiran membaca/menulis (adakah kemahiran yang membaca/menulis). Mohon pandangan tuan alasan betul atau salah. 3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, yang mana tepat. Berdasarkan Kamus Pelajar KBSM, tiada entri pentaksiran. 4. Apakah istilah nilai bagi sikap tidak mementingkan diri sendiri. 5. Adakah kata 'pergi' tidak perlu diikuti oleh 'ke' atau kedua-duanya betul.

1. Rostrum

2.Pertandingan memancing, kemahiran membaca/menulis merupakan frasa yang betul yang merujuk aktiviti tersebut.

3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, kedua-duanya betul. 

4. Bertolak ansur, berkompromi, bekerjasama 

5. Penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh: Dia pergi ke pasar. Dia pergi dahulu. Saya pergi dengan bas. 

Tatabahasa27.04.2010
12345678910...

Kembali ke atas