Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.me.ga.han] | دمݢه-مݢهکن

Definisi : 1. sesuatu yg dimegahkan, ke­masyhuran, kemuliaan, kebanggaan; 2. pe­rasaan megah: ~nya sbg pemilik peti tele-visyen yg tunggal di kampung kami sudah tersinggung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.me.ga.han] | دمݢه-مݢهکن

Definisi : sesuatu yg dimegahkan atau yg dibanggakan; kemasyhuran: Drpd hikayat-hikayat lama, kita dpt membaca kisah ttg keindahan dan ~ Melaka pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
megah (adjektif)
Bersinonim dengan bangga, besar hati, ranggi, perasan, riak, ujub;,
Kata Terbitan : bermegah, bermegah-megah, memegahkan, kemegahan,

Peribahasa

Air laut hijau siapa celup?

Bermaksud :

Kemegahan dan kemewahan tidak payah diheboh-hebohkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud semarak merdeka? maksud Semarak? Terima KasihSemarak bermaksud seri, cahaya, kebanggaan, keelokan, kemegahan atau kemuliaan.Makna19.07.2007
Apakah perkataan Bahasa Malaysia untuk 1. Flagship ( e.g. Flagship Restaurant) 2. Tour ( e.g. factory tour) Manakah perkataan yang betul untuk "new" . Adakah "Baharu" atau "Baru"? Sejak bila ia bertukar? Terimakasih.

1. Flagship diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai kapal laksamana, atau kemegahan, namun tidak ada padanan yang sesuai untu flagship restaurant dalam sumber rujukan kami.

2. Terjemahan tour ialah melancong, lawatan, kunjungan,berkhidmat, bertugas, namun tidak ada padanan tour factory dalam bahasa Melayu.

3. Dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan terjemahan new ialah baru, baharu (kedua-duanya sekali). 

Makna27.11.2008
saya hendak tanya pengertian kehormatan diri dan kasih sayang menurut kamus dewan bahasa.saya harap jawapannya dapat diberikan kepada saya secepat yang mungkin.terima kasihKamus tidak memberi makna sesuatu frasa atau ayat, yang ada hanyalah makna untuk satu-satu perkataan, simpulan bahasa dan peribahasa.Apa yang boleh kami bantu ialah memberi makna untuk setiap perkataan dalam ayat yang diberi; kehormatan bermaksud kebesaran/kemegahan/kemuliaan, diri bermaksud empunya badan, kasih sayang bermaksud cinta kasih/belas kasihan  Makna23.06.2008

Kembali ke atas