Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mé.ja] | کميجا

Definisi : (keméja) sj baju potongan Eropah (berlengan panjang atau pendek) utk lelaki: Encik Rahman hanya memakai ~ lengan panjang dan seluar panjang; ~ lepas kemeja (biasanya berlengan pendek) yg bahagian bawahnya tidak diselitkan ke dlm seluar ketika memakainya; ~ papan kemeja berkanji (menjadikannya keras); berkemeja memakai kemeja: berseluar biru dan ~ putih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mé.ja] | کميجا

Definisi : /keméja/ baju potongan Eropah yg berlengan panjang atau berlengan pendek utk lelaki. berkemeja memakai kemeja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemeja