Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mu.dian] | کمودين

Definisi : 1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (se­sudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; mengemudiankan 1. meletakkan (mena­ruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menang­guhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu; terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mu.dian] | کمودين

Definisi : 1 selepas atau sesudah itu; akhirnya; kesudahannya: ~ mereka pun pulang ke rumah masing-masing. 2 sesudahnya; selepasnya: Adiknya berkahwin dahulu, dia ~. 3 pd masa yg akan datang; kelak: ~ hari masa yg akan datang. mengemudiankan melakukan sesuatu selepas (sesuatu) yg lain; menempatkan (meletakkan) sesuatu di belakang atau selepas yg lain: Dia mendahulukan kerja-kerja yg penting dan ~ kerja yg kurang penting. terkemudian di belakang sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di garisan penamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemudian (adverba)
Bersinonim dengan selepas, kelak, kebelakangan, sesudah, akan datang, setelah, nanti, sebentar, akhir, penghujung, lambat, lewat, ketinggalan, corot, cicir;,
Kata Terbitan : mengemudiankan, terkemudian,

Puisi
 

Anak ayam turun sembilan,
     Mati seekor tinggalnya lapan;
Akan bekalan hari kemudian,
     Di dalam kubur berdinding papan.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Dulu sorak,
     kemudian tohok.

Bermaksud :

Menggembar-gemburkan sesuatu yang belum terjadi. tohok = campak buang yang diberi bertali.

 

Lihat selanjutnya...(31)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Kegagalan untuk menghasilkan air kencing. (UBAT) anvil (anvil) Lihat incus. (HID) aorta (aorta) Arteri utama yang bermula dari ventrikel kiri jantung. Arteri ini pada mulanya menaik ke atas (aorta menaik), kemudian membengkok (arkus aorta) dan se- terusnya menurun kembali melalui toraks (aorta toraks) dan abdomen (aorta abdomen) sehingga ke atas vertebra lumbar keempat dan berpecah menjadi dua arteri iliak sepunya. (BIO mengumuhkan rembesan likat dari abdomen. Serangga betina dewasa yang tidak bersayap dan mengalami partenogenesis ini mem - biak secara vivipariti sepanjang musim kering, tetapi pada musim lembap, serangga bersayap dihasilkan dan kemudian terbang ke tumbuh-tumbuhan perumah lain. Sinonim aphis. (BIO) aphis (afid) Lihat aphid. (BIO) API unit (unit API) Unit piawai yang dibentuk oleh American Petroleum Institute (API) untuk menyeragamkan gerak

Kembali ke atas