Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemukakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapakah tidak ada respons bagi soalan yang saya kemukakan?Sila kemukakan semula soalan. Pihak kami memohon maaf atas masalah yang timbul.Lain-lain11.03.2010
Saya ingin kemukakan cadangan agar DBP menyarankan agensi pendidikan swasta/ GLC menggunakan bahasa Melayu semasa aktiiti rasmi dan mesyuarat. Hal ini boleh disarankan melalui Pembentangan Belanjawan 2017 oleh PM. Kerajaan wajar bertegas dalam hal ini. Terima kasihKami ambil maklum cadangan tuan. Untuk makluman tuan, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Seyogia kita sebagai rakyat Malaysia, menghormati peraturan yang ada patah lagi kita semua berpegang kepada prinsip "Keluhuran Perlembagaan". Pada setiap kesempatan yang ada seperti perasmian sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan, hal ini sering ditegaskan semula.Lain-lain18.08.2016
Pusat Tayar dan servis keretaSila kemukakan soalan tuan dengan jelas. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain02.09.2016
FINGER TALK MUSIC HOUSE SDN BHDSila kemukakan pertanyaan tuan dengan jelas. Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan sertakan gambar dalam bentuk jpeg atau gif.Lain-lain06.04.2015
Merujuk soalan 48 yang telah saya kemukakan. Nampaknya ` cuba` ialah kata kerja dan bukannya kata bantu. Soalan 48 ini sebenarnya ada kaitan dengan kemusykilan saya tentang soalan yang telah saya kemukakan sebelum ini iaitu `mereka mencuba melupakan perkara itu` Tuan telah memberikan banyak penjelasan . Antaranya ayat tersebut dipasifkan menjadi` perkara itu cuba dilupakan oleh mereka`. Sebenarnya, saya ingin tahu sebab `mencuba` hanya menjadi`cuba` dalam ayat pasif itu. Kemudian encik menjelaskan bahawa `cuba ` ialah kata bantu,kemudian, tuan membetulkannya dengan mengatakan `cuba ` ialah kata kerja. Boleh tak encik menjawab soalan 44 yang telah saya tanya sekali lagi kerana soalan ini berkaitan dengan huraian di atas?

Dalam ayat mereka mencuba melupakan perkara itu apabila dipasifkan menjadi perkara itu cuba dilupakan oleh mereka. Ayat ini merupakan ayat pasif diri ketiga. Contoh lain: Saya membaca buku itu, apabila dipasifkan menjadi buku itu saya baca.

Kata cuba boleh juga digolongkan sebagai kata kerja dan kata bantu bergantung pada konteks ayat.

Tatabahasa13.05.2009
kilang perabot , mokko sdn bhdSila kemukakan soalan dengan jelas supaya pihak kami dapat memberikan bantuan. Untuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my.Lain-lain30.11.2023
TOLONG MENYEMAK SIGNBOARD EJAAN.Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa). Sila kemukakan hanya satu gambar untuk satu permohonan.Lain-lain13.02.2017
selamat tengah hari, mungkin soalan yang saya kemukakan pd hari Khamis menimbulkan kekeliruan. saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan tamparan dan mengenai dalm ayat tersebut. adakah penggunaan tersebut betul? minta maaf jika soalan saya tidak jelas. terima kasih .Selaku moderator khidmat nasihat bahasa, saya tidak menemui rekod soalan yang telah saudara kemukakan pada hari Khamis (12 Mei 2011?). Mohon dikemukakan kembali soalan tersebut.Tatabahasa13.05.2011
sSalam sejahtera,

Tuan,

1. Sila kemukakan soalan anda dengan jelas ATAU Sila kemukakan soalan anda secara jelas.
     Gunakan Bahasa Melayu dengan betul ATAU Gunakan Bahasa Melayu secara betul.

Semua ayat ini betul.

2. Sila ambil tindakan tegas  terhadap  mereka yang makan suap ATAU Sila ambil tindakan tegas ke atas mereka yang makan suap.

Ayat yang betul: Sila ambil tindakan tegas  terhadap  mereka yang makan suap.

Sekian, terima kasih.

 

Tatabahasa02.11.2017
کداي رونچيت أويس أشرفف انترڤريسSila kemukakan maklumat yang berkaitan dengan pertanyaan tuan dalam tulisan Rumi. Sekiranya ini ialah papan iklan kedai, cadangan kami keterangan utama mengandungi kedua-dua versi tulisan (Rumi dan Jawi), contoh KEDAI RUNCIT (diletakkan di bahagian atas, sebelah kiri dan کداي رونچيت (di bahagian atas, sebelah kanan). Nama kedai/syarikat tidak perlu dijawikan. Untuk permohonan iklan, sila kemukakan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my.Lain-lain27.01.2020
12345678910...

Kembali ke atas