Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mu.lia.an] | کمولياءن

Definisi : perihal mulia, kebesaran, kehor­matan, keluhuran: kehidupan raja, ~ dan kebesarannya sering dikaitkan dgn peristiwa sejarah bangsa Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mu.lia.an] | کمولياءن

Definisi : keadaan mulia; kebesaran; kehormatan (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mulia (adjektif)
Bersinonim dengan luhur, tertinggi, terhormat, murni, suci, kudus, bersih, agung, utama, syahdu, sani;,
Kata Terbitan : memuliakan, kemuliaan, pemuliaan,

Peribahasa

Mengejar (= mengejan) tuah,
     najis keluar.

Bermaksud :

Terlampau mengharap-harapkan kemuliaan, mendapat hina sebaliknya. ejan = teran.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
definisi perkataan "kemuliaan", "kesederhanaan", "nilai", "etika" dan "tonggak"Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kemualiaan bermaksud perihal mulia, kebesaran, kehormatan, keluhuran. Makna kesederhanaan pula ialah perihal sederhana (sedang, pertengahan). Nilai pula bermaksud taksiran, kadar, nisbah. Etika bermakna ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, manakala makna tonggak ialah 1. kayu yang panjang dan dipasang tegak, 2. tiang rumah, 3. ukuran jauh yang bersamaa dengan 4901 kaki atau 1500 meter. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna04.09.2008
Apakah ejaan yang betul untuk "hamba Mu ("Mu" merujuk kepada Tuhan), kemuliaan Mu, pohon kepada Mu, etc... Perlu dijarakkan 'Mu' atau tidak? Sekian, terima kasihEjaan yang betul ialah hamba-Mu, kemulian-Mu, kepada-Mu.Ejaan14.09.2009
Apakah maksud semarak merdeka? maksud Semarak? Terima KasihSemarak bermaksud seri, cahaya, kebanggaan, keelokan, kemegahan atau kemuliaan.Makna19.07.2007
Saya ingin tahu adakah pantun yang dikhususkan untuk pengacara majlis..contohnya sebagai permulaan bicara dalam suatu acara...Sila rujuk buku bertajuk Sekalung Budi Seuntai Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini mengandungi pantun-pantun untuk majlis rasmi, menyanjung kemuliaan budi, menghargai jasa, adat istiadat, memberi nasihat dan melahirkan maksud atau tujuan.Lain-lain07.10.2008
Saya Cikgu Ng dari SJK Chung Hua No.4. Saya mempunyai satu persoalan tentang kata ganti nama diri. soalan : Perpaduan antara penduduk berbilang kaum dapat diwujudkan jika __________ bertolak ansur. A. kita B. mereka C. dia D. kalian Terima kasih atas kemuliaan tuan.

Perpaduan antara penduduk berbilang kaum dapat diwujudkan jika mereka bertolak ansur. - kata ganti nama diri ketiga yang menunjukkan ramai.

Tatabahasa07.05.2010
memohon untuk pihak DBP memberi beberapa cadangan pantun yang berkaitan stewardship.Salam sejahtera,

Tuan,

Sila rujuk buku bertajuk Sekalung Budi Seuntai Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini mengandungi pantun-pantun untuk majlis rasmi, menyanjung kemuliaan budi, menghargai jasa, adat istiadat, memberi nasihat dan melahirkan maksud atau tujuan.
Selain itu, tuan boleh membuat rujukan pada buku Kurik Kundi Merah Saga, buku pantun terbitan DBP. Terdapat 5653 rangkap pantun di dalam buku ini termasuk pantun-pantun yang boleh menjadi rujukan tuan.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain09.01.2018
i)Berikan kepada saya beberapa pantun yang sesuai untuk memulakan ucapan semasa pembukaan sesuatu majlis dan penutupan majlis?Bagi mendapatkan bahan yang diperlukan, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Kurik Kundi Merah Saga dan Buku Sekalung Budi Seuntai Bahasa, Terbitan DBP. Buku ini mengandungi pantun-pantun untuk majlis rasmi, menyanjung kemuliaan budi, menghargai jasa, adat istiadat, memberi nasihat dan melahirkan maksud atau tujuan.Lain-lain12.05.2010
1. apakah makna digniti? bolehkah pihak tuan memberi definisi yang tepat untuk perkataan tersebut? 2. adakah perkataan diskusi diterima dalam bahasa melayu? 3. bagaimanakah bentuk penulisan kata majmuk apabila digabungkan dengan kata terbitan? bolehkah pihak tuan memberikan beberapa contoh penulisan tersebut?

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, digniti bermaksud 1. sifat yg mulia, kemuliaan, kebesaran: mereka menganggap kerja mereka sbg satu profesion yg mempunyai maruah dan ~ tersendiri; 2. kedudukan (gelaran, pangkat, dll) yg tinggi: sudah sampai masanya dunia filem tanah air diberi ~ tersendiri.

2. Perkataan diskusi diterima pakai dalam bahasa Melayu.

3. Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Contohnya campur aduk -> mencampuradukkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 75.

Istilah14.10.2009
Saya Fateehah mat-adam Saya belajar bahasa dan Saya ingin bertanya tentang bahasa Apakah makna KeharmatanTiada maklumat berkaitan perkataan keharmatan dalam data kami. Walau bagaimanapun terdapat perkataan yang hampir dengan perkataan tersebut iaitu kehormatan yang bermaksud pemberian kerana menghargai jasa seseorang; penghargaan: Sebagai menghargai jasanya yang besar itu, Florence Nightingale telah dikuniai ~ Order of Merit oleh Raja Inggeris dalam tahun 1907. 2 nama baik atau harga diri seseorang: menjaga ~ diri. 3 kebesaran atau kemuliaan raja-raja dan lain-lainl: ~ Raja-Raja Melayu. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=KEHORMATANMakna09.11.2015
Kemusykilan nama taman-taman perumahan, contohnya Taman Seri Gombak (mengikut daftar asal pemilik projek Hillcrest Sdn Bhd), kini lebih dikenali dengan Taman Sri Gombak (kebanyakan tanda awam dieja sebegini dengan meluas). Menurut Kamus Dewan, kedua-dua perkataan mempunyai perbezaan makna. Mohon pendapat, perbezaan perkataan 'SERI' dan 'SRI', yang manakah lebih sesuai digunakan?Perkataan yang betul ialah seri yang bermaksud cahaya semarak atau kemuliaan. Tidak ada perkataan sri kecuali dalam gelaran Tan Sri dan Dato' Sri (bagi negeri Pahang). Dalam hal penamaan tempat kita perlu merujuk pihak berkuasa tempatan yang berkaitan kerana nama tempat telah diwartakan sedemikian.Ejaan31.05.2012
12

Kembali ke atas