Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kéna) ark awak, engkau, kamu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. bersentuh(an) dgn, berlanggar(an) dgn, lekat pd, terhantuk (terpukul dsb) pd: lututnya luka kerana ~ serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi; tikamannya itu ~ pd bahu lawannya; pemandu kereta itu cuba mengelakkan budak itu tetapi keretanya ~ tiang elektrik; 2. tepat pd sasarannya (bkn lontar­an, tembakan, dsb), tidak menyimpang drpd sasarannya: dilemparkannya sebiji batu ~ kepala anjing itu; tembakannya tidak ~ dan musuh itu lepas lari; 3. ditimpa (sesuatu), mendapat (beroleh, diberi, menderita) sesuatu; ~ apa = apa ~ a) ditimpa apa; b) apa sebab, mengapa; ~ buat kena sihir (orang); ~ hujan ditimpa hujan; ~ penyakit demam kepialu mendapat (menderita) penyakit demam ke­pialu; ~ upah beroleh atau diberi upah (utk melakukan sesuatu); 4. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan (dan sama maksud­nya dgn awalan ter atau di pd kata kerja); ~ marah dimarahi; ~ pukul dipukul; ~ tangan ditangani (dipukul dgn tangan); ~ tipu tertipu, ditipu; 5. tidak bebas (terlepas, terkecuali) drpd, dibebankan (diwajibkan) mematuhi peraturan (menanggung bayaran dll): semua jenis minuman keras ~ cukai baru itu; 6. berpadanan atau berpatutan (bkn harga, ta­waran, dll), cocok atau sesuai (dgn yg dikehendaki, yg sepatutnya, dsb), sesuai atau tepat sekali (dgn sesuatu, seseorang): kalau ~ harganya saya jual juga rumah ini; barang apa yg tidak ~ pd hatinya disuruhnya ubah atau gantikan; pakaian yg indah itu ~ pula dgn orang yg memakainya; ~ gayanya = ~ (dgn) jalannya cocok atau sesuai caranya; ~ pd tempatnya berpadanan, sesuai benar, tepat sekali; 7. terpaksa (membuat dll sesuatu): oleh sebab ibunya sakit, ~lah dia seorang diri mengurus rumah tangga; ia merungut kerana tiap-tiap hari ~ bangun pagi-pagi; ~ andeka ditimpa daulat (mendapat bencana kerana menderhaka kpd raja, pemerintah, dll); ~ ekor mendapat wang sbg hasil drpd cabutan nombor-nombor akhiran loteri (berasaskan keputusan lumba kuda); ~ emas menerima rasuah (wang suap); ~ hati a) jatuh cinta (pd); b) kesal, menyesal; ~ loteri men­dapat hadiah kerana nombor tiket yg dibeli sama dgn nombor cabutan loteri; ~ miang a) lekat miang (buluh dll) pd bahagian tubuh; b) = ~ tempias ki mendapat bencana akibat perbuatan (kelakuan) buruk orang lain; ~ setan dirasuk setan; ~ tali kena tipu (ditipu); ~ batang hidung sendiri prb menimpa diri sendiri (bencana, keaiban, kesusahan, dll); ~-~ spt santan bergula, tak ~-~ bagai antan pukul kepala prb sesuatu perbuatan (per­kataan) itu jika bersalahan tafsirannya, jadi melarat, jika benar mendatangkan kebajikan; kalau ~ tampar, biar dgn tangan yg bercincin, kalau kena tendang, biar dgn kaki yg berkasut prb kalau berbantah janganlah dgn orang yg jauh lebih rendah darjatnya, kerana kalau kita menang tidak ada apa-apa keistimewaannya tetapi kalau kalah men­dapat malu yg berpanjangan; berkena ada hubungan kerabat (kekeluar­gaan) dgn: dia tu ~ dgn ayah saudara saya; berkenaan 1. berhubungan, berkaitan, ber­sangkutan, tentang (hal): wakil Amerika Syarikat itu telah memberikan kenyataan yg jelas lagi munasabah ~ dgn dasar tersebut; beliau akan bercakap ~ dgn kemajuan ekonomi negeri ini; pihak yg ~ pihak yg berkaitan (bersangkutan); 2. cocok, sekata, sepakat, sesuai, setuju: apabila perundingan sudah ~ kelak barulah dapat ditandatangani suatu perjanjian; 3. = berkena-kenaan saling berkenaan; mengena 1. tepat kena pd sasaran, mat­lamat, yg dituju, dll: tembakannya ~ dan harimau itu rebah tersungkur; 2. mem­peroleh tangkapan (bkn jerat, perangkap, umpan), mendapat (hasil tangkapan dsb): 3. mendatangkan hasil atau kesan yg dikehen­daki atau diharapkan (bkn muslihat atau tipu daya): perangkapku pun ~ juga seekor kancil besar; kerana ia tahu umpannya sekarang ~, ia mencari muslihat lain lagi utk langkah selanjutnya; kena-mengena 1. ada sangkut pautnya (hu­bungannya, kaitannya, dll): apa ~nya perkara ini dgn ayahnya?; orang yg diawasi itu sebenarnya ada ~ dgn penipuan yg berlaku itu; 2. ada hubungan kekeluargaan (persaudaraan), berkerabat: ia ~ dgn saya kerana ia berkahwin dgn sepupu saya; mengenai 1. kena pd (matlamat, sasaran, dll): maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yg putus lehernya; diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia; 2. menyentuh, bergesel dgn (sesuatu): hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; 3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dgn, tentang: dlm buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara; mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut; 4. menimpa: penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak drpd orang dewasa; 5. Mn, bp bersetubuh; mengenakan 1. menyebabkan kena atau menghalakan supaya kena (pd sesuatu sasar­an): tembakan itu dikenakan pd kakinya; 2. melekatkan, memasangkan: ~ kancing baju; ~ kunci pintu; 3. menjadikan sbg kewajiban (bkn undang-undang, peraturan, dsb), me­wajibkan, menjadikan tanggungan atau beban­an (bkn bayaran, cukai, dsb), mempertanggungkan: undang-undang darurat ini akan dikenakan pd setengah-setengah kawasan sahaja; kesatuan akan ~ bayaran yg rendah kpd semua ahlinya yg ingin mengikuti kursus ini; 4. a) memakaikan (baju, kasut, dll) pd diri sendiri atau pd diri orang lain: ia berdiri di hadapan cermin sambil ~ baju barunya; tiada peraturan tertentu tentang cara ~ pe-warna mata; b) menyarungkan (cincin): ~ cincin pd jari tunangnya; 5. = mengena­-ngenakan mempermainkan, memperdaya, menipu: selalu sahaja dia hendak ~ kita dgn berbagai-bagai tipu helahnya; ~ tangan kpd ki a) menghukum dll; b) me­mukul dgn tangan, menangani; ~ baju di badan maka sesuai prb menimbangkan baik buruk perbuatan orang lain berasaskan pera­saan atau sifat diri sendiri; terkena 1. telah dikenakan (dilekatkan, dipasang, dll): beberapa pakaian yg indah-indah ~ pd tubuh Ibrahim Kakan itu; 2. mendapat atau tertimpa sesuatu (spt penyakit dll): tujuan menyuntik penduduk kampung itu adalah utk melindungi mereka drpd ~ penyakit tersebut; 3. terpedaya, tertipu: hati-hati sebelum ~; berasa ~ a) berasa tertipu; b) berasa tersinggung; c) berasa kecewa, menye­sal; 4. tersentuh (terlekat) pd: setengah-setengah butir debunga itu akan ~ pd stigma pokok yg berdekatan; 5. kena sampuk (di­ganggu makhluk halus): dia ~ di pokok itu; 6. menanggung sesuatu perbuatan atau tindakan: sakitnya spt rasa sakit ~ cubit; ~ beragih Mn a) berasa menerima bahagian yg terkurang drpd yg sewajarnya (sepatutnya); b) suram muram mukanya; ~ buat terkena jampi atau sihir; ~ pd ikan bersorak, ~ pd batang masam prb ketika untung bergembira dan ketika rugi marah-marah; sekali jalan ~, dua kali jalan tahu, (tiga kali ~ jera) prb kali pertama ter­tipu, kali kedua dan seterusnya sudah tahu; perkenakan menyuruh seseorang mem­perdaya (menipu) orang lain: ~ saja Mat Dali tu, biar dia bodoh macam kongkang; pengenaan perihal mengenakan, perbuatan mengenai atau mengenakan: ~ cukai yg tinggi pd barang-barang tersebut dianggap tidak wajar; ~ pantang larang adalah utk mengelakkan drpd memudaratkan lagi keadaan seseorang pesakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bersentuh dgn; berlanggar dgn; terhantuk pd: Kapal itu tenggelam ~ batu karang. 2 tidak menyimpang dr sasarannya (bkn tembakan dll): Tembakannya tidak ~ pd sasarannya. 3 menderita sesuatu; ditimpa sesuatu (penyakit dll): Sudah sebulan ia ~ penyakit itu. ~ hujan ditimpa hujan; ~ sampuk diganggu atau disakiti oleh hantu, syaitan dsb. 4 tidak dikecualikan drpd mematuhi peraturan; tidak bebas drpd bayaran dll: Semua jenis minuman keras ~ cukai baru itu. 5 menanggung sesuatu perbuatan: ~ tahan ditahan; ~ tipu tertipu. 6 terpaksa membuat sesuatu: Dia merungut kerana tiap-tiap hari ~ mencari kayu api. 7 cocok atau sesuai (dgn jiwa, tempat dll); sepadan (antara dua benda); berpadanan; berpatutan (bkn harga): Dia menjadi berang kalau ada sesuatu yg tidak ~ di hatinya. Pakaian yg sopan itu ~ pd tempatnya. berkenaan, = ~ dgn ada kaitannya dgn; berhubungan dgn; berkaitan dgn: Dlm bab yg lalu, kamu telah membaca huraian ~ kapal terbang jet. mengena 1 kena tepat (pd yg dituju atau sasarannya): Tembakannya ~ dan perompak itu jatuh lalu mati. 2 memberi hasil; mendapat hasil: Jeratnya ~. Pancingnya ~. kena-mengena 1 (ada) sangkut pautnya; (ada) hubungannya atau (ada) kaitannya: Saya tidak ada ~ dgn perkara itu. 2 bersaudara-mara; berkeluarga; berkerabat: Dia ~ dgn saya kerana datuknya sepupu datuk saya. mengenai 1 kena pd yg dituju: Batu yg dihumbankannya ~ kepala orang yg lalu di situ. 2 berkaitan dgn; berhubungan dgn; bersabit; tentang: Mereka mencari suatu penyelesaian ~ perkara tsb. mengenakan 1 memakai (pakaian dll); menyarungkan (cincin dll): Dialah yg ~ pakaian pd pengantin itu. 2 mewajibkan seseorang mematuhi atau mengikut sesuatu (peraturan dll); membebani seseorang dgn sesuatu: Kerajaan ~ cukai pd barang-barang yg dibawa masuk ke dlm negara kita ini. 3 = mengena-ngenakan menipu; memperdaya: Mereka sengaja hendak ~ orang tua itu. terkena 1 menderita atau tertimpa sesuatu: Badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit itu. 2 tersentuh pd: Dia pengsan kerana ~ karan elektrik. 3 tertipu; terperdaya: Kali ini dia lebih berhati-hati supaya tidak ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,

Puisi
 

Ada satu nama si Putung,
     Duduk di surau berbaju kurung;
Taruh umpan salah gantung,
     Tak kena ikan kena jerung.


Lihat selanjutnya...(65)
Peribahasa

Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur,
     makin dalam ia terbenam.

Bermaksud :

Jika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(91)

507

A rotten apple spoils the barrel

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata kerja pasif "kena" Adakah penggunaan kata kerja pasif "kena" boleh digunakan oleh kata ganti nama pertama, kedua dan ketiga? Rujuk contoh berikut. 1. Bunga kena siram oleh saya. (Kata ganti nama pertama) 2. Bunga kena siram oleh kamu. (Kata ganti nama kedua) 3. Bunga kena siram oleh Ali. (Kata ganti nama ketiga) Ayat yang manakah betul? Sekian, terima kasih.Kata kerja pasif "kena" hadir di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Berdasarkan panduan dalam buku Tatabahasa kata pasif "kena" digunakan dalam ayat pasif dan kata ganti nama diri ketiga. Contoh: "Pencuri itu kena tangkap oleh polis" atau "Pencuri itu kena tangkap"; manakala ayat pasif diri pertama menjadi "Pencuri itu saya tangkap". Tatabahasa21.01.2022
Merujuk TD Edisi Ketiga m/s 481 . Contoh ayat 222. (a) Murid nakal itu kena rotan kelmarin. (b) Kena rotan murid nakal itu kelmarin. Contoh ayat (b) yang mendepankan predikat ' kena rotan' hanya sesuai dikatakan pendepanan frasa kerja, bukanlah pendepanan kata kerja dengan objek. Berikan pandangan tuan.Pihak kami akan membawa cadangan/pandangan ini kepada panel penulis buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.Lain-lain25.03.2010
Assalamualaikum, Sebahagian ayat berikut, saya petik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat. Pertanyaan saya ialah, perkataan kena dalam setiap ayat tersebut tergolong dalam golongan kata apa? Sekian, terima kasih. 1. Lututnya luka kerana kena serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi. 2. Tikamannya itu kena pada bahu lawannya. 3. Dilemparkannya sebiji batu kena kepala anjing itu. 4. Semua jenis minuman keras kena cukai baharu. 5. Budak itu kena pukul oleh kumpulan pelajar nakal di sekolahnya. 6. Kalau kena harganya saya jual juga rumah iniAyat 1 hingga 4 ialah kata kerja, namun bukanlah dalam binaan yang gramatis kerana tidak diletakkan imbuhan seperti terkena serpihan kaca dan dikenakan cukai. Ayat 5, perkataan kena ialah kata kerja pasif. Ayat 6 lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Ayat yang gramatis "kalau berpatutan harganya ...".Tatabahasa15.03.2017
Untuk Ayat pasif berikut: Baju itu kena basuh oleh ibu. Manakah ayat aktif yang sepadan? (a)Ibu kena basuh baju itu. (b)Ibu membasuh baju itu.Ayat aktif yang betul ialah "Ibu membasuh baju itu".Tatabahasa29.10.2015
Istilah OKT merujuk kepada Orang Kena Tuduh dalam mahkamah. Apakah ianya perlu ditulis sebagai OKT ataupun O.K.T.?OKT merupakan akronim bagi Orang Kena Tuduh. Oleh itu, ia perlu ditulis OKT sahaja tanpa titik.Tatabahasa30.08.2007
Boleh berikan jawapan bagi soalan ini ? Warna langsir yang biru itu nampak kena dengan warna dinding rumahnya. Pilih perkataan berlawan bagi kena? A. Pelik C. Asing B. Ganjil D. JanggalJawapan yang paling hampir ialah janggal.Tatabahasa26.02.2015
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ?

Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.

Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;

 

 

Makna11.08.2009
assalammualaikum, maaf bertanya, saya hendak buat papan tanda kedai dan dalam syarat mpsj kena mendapatkan pengesahan ejaan untuk papan tanda kedai. jadi boleh ke berurusan secara atas talian ataupun tetap kena pergi ke pusat bahasa dan pustakaTuan boleh membuat permohonana secara dalam talian. Layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-Perkhidmatan" dan "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila ikuti prosedur selanjutnya melalui domain yang tersebut.Lain-lain15.05.2015
penggunaan perkataan PADAN. Adakah boleh digunakan dalam ayat di bawah ini? Perhiasan di dalam rumah Puan Esah tidak padan dengan keadaan rumahnya yang telah usang.Boleh digunakan kerana padan sinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena">kena.Tatabahasa21.10.2010
7. Mana-mana pinjaman atau bahagian pinjaman yang diberikandibuat daripada Kumpulan Wang dan caj perkhidmatan yang kena dibayar berkaitan dengan pemprosesan, kelulusan, pengurusan, penebusan dan mendapatkan bayaran dapatan balik pinjaman hendaklah disifatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan semula dengan sewajarnya. 7. Any loan or part of a loan made out of the Fund and service charge due in connection with the processing, approval, management, redemption and recovery of the loan shall be deemed to be a debt due to the Government and shall be recovered accordingly. Apakah padanan bagi recovery of the loan? Adakah sesuai jika dubah kepada 'pemerdapatan pinjaman'?Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi recovery of the loan ialah dapatan balik pinjaman.
Penyemakan dan penterjemahan28.03.2022
12345678910...

Kembali ke atas