[ke.ning] | کنيڠ
Definisi : 1. = bulu ~ bulu di atas kelopak mata (di bahagian bawah dahi), alis; angkat ~ memberi isyarat atau alamat dgn menggerakkan kening ke atas; terangkat ~ pagi hari ketika matahari baru terbit (di antara pukul 7.30 hingga 8.00); belum terangkat ~ pagi hari sebelum matahari berada di atas kaki langit; 2. Mn dahi: ~nya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingat sesuatu; beradu ~ berhadap-hadapan muka, berjumpa; berkilat ~nya cantik rupanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.ning] | کنيڠ
Definisi : , = bulu ~ bulu yg tumbuh di sebelah atas kelopak mata; alis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)