Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.nyal] | کڽل

Definisi : 1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manu­sia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.nyal] | کڽل

Definisi : 1 berbalik kpd keadaan asal apabila dilepaskan sesudah ditekan. 2 liat (bkn daging). kekenyalan keadaan atau perihal kenyal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenyal (adjektif)
Bersinonim dengan liat, liut, melenting, gayal, elastik, keras;,
Kata Terbitan : mengenyal,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di bawah ini, Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus jawapan yang dicadangkan ialah mulus tetapi menurut Kamus Dewan Edisi 4, mulus bermaksud putih bersih, ikhlas, suci murni di mana saya berpendapat tidak sesuai digunakan.Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja.
 
A. padat B. kenyal C. kental D. mulus
 
Jawapan yang lebih sesuai ialah kenyal. Menurut Kamus Dewan kenyal bererti;
1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manu­sia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal.
Tatabahasa08.10.2012
Diminta DBP memberi padanan istilah 'boba' iaitu sejenis makanan kenyal berbentuk mutiara diperbuat ubi kayu dan dicampur dalam minuman 'bubble tea' (minta padanan untuk bubble tea juga jika ada, ataupun teh mutiara memadai kerana itu yang digunakan wikipedia bahasa indonesia?).Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan istilah tersebut. Pihak kami akan mengemukakan perkataan tersebut dalam Jawatankuasa Istilah untuk mendapatkan padanan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan21.09.2018
Apakah isitlah yang tepat bagi ‘bubble tea’ dan ‘milkshake’?Istilah yang sesuai bagi "milk shake" ialah susu kocak. 
Manakala untuk "bubble tea" pula, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "bubble tea" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah teh buih atau teh bebola hitam kenyal.
Lain-lain21.03.2021

Kembali ke atas