Salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanya mengenai perkataan yang sepadan dengan perbuatan minum. Kalau makan, KENYANG. Kalau minum, adakah sepadan dengan "KENYANG"? Atau ada perkataan lain yang sepadan/ sesuai? Terima kasih. | Perkataan yang sepadan dengan perbuatan minum seumpama KENYANG untuk perbuatan makan, ialah HILANG DAHAGA | Lain-lain | 09.03.2017 |
Ayat yang manakah betul? a) Setelah kenyang, kami berehat sebentar. b) Setelah kekenyangan, kami berehat sebentar. | Setelah kenyang, kami berehat sebentar. Setelah kekenyangan, kami berehat sebentar. Kedua-dua ayat itu betul. | Tatabahasa | 15.05.2015 |
Adakah penggunaan kata nafi ayat di bawah ini betul? 1. Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang. | Ayat "Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang" betul. Kata nafi bukan digunakan apabila menafikan frasa yang membawa maksud bertentangan. | Tatabahasa | 15.04.2013 |
Pilih ayat yang betul. A) Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang. B)Bukan semestinya kamu boleh pulang awal pada hari ini. C) Hasil lukisan itu bukan seperti yang saya harapkan. D)Jawapan yang diberikan oleh penceramah itu bukan menyakinkan. | Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi "bukan" boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. a) Saya bukan tidak lalu makan, tetapi kenyang. b) Tidak semestinya kamu boleh pulang awal pada hari ini. c) Jawapan yang diberikan oleh penceramah itu tidak meyakinkan. | Tatabahasa | 15.04.2013 |
maksud keluguan dan segmentasi | Lugu bermaksud berasa senang, puas, kenyang. Kata terbitan keluguan tidak ada contoh dalam Kamus Dewan walau bagaimanapun maksudnya sama seperti makna kata asalnya. Manakala segmentasi tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah perkataan segmen bermaksud 1. bahagian (dari sesuatu), penggal; 2. (istilah Biologi) bahagian dari binatang yang beruas-ruas (seperti cacing, serangga, dll), dan padanan segmentation dalam bahasa Melayu ialah pensegmenan. | Makna | 12.09.2009 |
makna kepuasan hati | Menurut Kamus Dewan maksud berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll); memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; Sdr juga boleh mendapatkan kemudahan menggunakan Kamus Dewan secara digital dengan melayari laman DBP. | Lain-lain | 04.03.2008 |
Salam sejahtera. Semasa di sekolah dulu, saya difahamkan bahawa kita seharusnya menggunakan "tidak" untuk menafikan kata/frasa kerja atau kata/frasa adjektif. Tetapi, baru-baru ini, saya terbaca sebuah buku yang mengatakan bahawa sekiranya sesebuah ayat itu mempunyai dua kata/frasa kerja atau dua kata/frasa adjektif yang bertentangan maksudnya, kita seharusnya menggunakan "bukan". Contohnya, "Ali rajin, bukan malas" atau "Dia menyanyi, bukan menari". Adakah ini betul? | Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Contohnya, Saya bukan tidak lalu makan, tetapi kenyang. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 262-263). | Tatabahasa | 23.03.2017 |
bukan dan tidak bagaimana diguna? | Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Kata nafi "bukan" boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Contohnya, Saya bukan tidak lalu makan, tetapi kenyang. | Tatabahasa | 17.05.2014 |
1.adakah ayat ini betul untuk digunakan(Lain daripada itu tidak ada apa-apa lagi) 2.Bolehkah kata nafi bukan dan tidak hadir bersama(Dia bukan tidak tahu kedudukan suaminya) 3.Jalan raya di depannya menggemuruh oleh segala macam kenderaan.Adakah penggunaan kosa kata menggemuruh betul dan ayat ini boleh digunakan dalam penulisan? 4.adakah 'ah 'digolongkan dalam kata seru? 5.masa itu berasa bertambah marah kepada Said. adakah 'berasa bertambah' sesuai untuk digunakan dalam ayat? | 1. Ayat yang betul ialah Selain daripada itu, tidak ada apa-apa lagi. 2. Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Kata nafi "bukan" boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Contohnya, Saya bukan tidak lalu makan, tetapi kenyang. 3. Mengikut Kamus Dewan, kata gemuruh hanya membawa dua maksud, iaitu (1) bunyi seperti guruh dan (2) berdebar-debar. 4. ‘ah’ kata utk menyatakan kehairanan, tidak setuju, keluhan, runsing. 5. Ayat yang betul ialah “ ...pada masa itu, saya/Ali berasa bertambah marah kepada Said” . “bertambah” bermaksud menjadi lebih, semakin; berasa pula boleh membawa maksud mengalami sesuatu di dalam hati. | Tatabahasa | 04.03.2014 |