Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.nyang] | کڽڠ

Definisi : 1. hilang sama sekali rasa lapar (kerana sudah makan dgn cukupnya), sudah banyak (puas) makan, sudah berisi makanan dgn cukupnya (bkn perut): perutku ~, aku sudah makan; 2. sudah penuh (berisi atau menyerap sesuatu): tanah itu harus disiram dgn air hingga ~; 3. ki selalu (banyak) men­dapat atau mengalami sesuatu, puas (kerana banyak mendapat sesuatu): ~lah Jazuli semalam itu oleh bermacam-macam sanjungan; dia sudah ~ dgn cercaan demikian; orang yg ~, kalau dijamu dgn lauk yg sedap sekalipun, berkata tawar juga prb orang yg tidak berkehendakkan pemberian kita tidak akan menghargainya sekalipun ia indah; mengenyangkan menjadikan kenyang (hilang rasa lapar), memberi makan atau mengisi sampai kenyang: dgn budi bahasa, tidak akan dapat ~ perut yg lapar; sepinggan nasi sudah cukup utk ~ aku; kekenyangan 1. perihal kenyang (tidak berasa lapar), kepuasan; 2. terlalu kenyang (kerana makan terlalu banyak): maka anak gergasi itu pun mati oleh tersangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.nyang] | کڽڠ

Definisi : tidak berasa lapar kerana sudah makan; sudah puas makan: Kami diberinya makan sampai ~. mengenyangkan memberikan makanan sampai seseorang kenyang; menjadikan atau menyebabkan kenyang. kekenyangan 1 keadaan (perihal) kenyang. 2 terlalu kenyang hingga berasa tidak selesa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenyang (adjektif)
Bersinonim dengan puas, cukup, sebu, jelak, muak, jemu, bosan, lugu, buntur;,
Kata Terbitan : mengenyangkan, kekenyangan,

Puisi
 

Orang darat menganyam kelasah,
     Buat kelarai bunga cempaka;
Makan tak kenyang mandi tak basah,
     Sudahlah adat orang bercinta.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Perut kenyang lapar tak hilang,
     minum sejuk haus tak lepas.

Bermaksud :

Hidup dalam kemiskinan.

 

Lihat selanjutnya...(17)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cincin pacat kenyangcincin pacat kenyangKerisTiadaLihat cincin melawan.
cincin pancar kenyangcincin pancar kenyangKerisTiadaLihat cincin melawan.
cincin melawancincin melawanKerisTiadaPerhiasan yang berbentuk seperti cincin yang terletak di bahagian hujung hulu. Sin. cincin pacat kenyang, cincin pancar kenyang.
satiety centrepusat kenyangPerubatanTiadaTiada
hearty mealmakanan kenyangPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
satietykepuasanBiologiFisiologiKeadaan yang menunjukkan peringkat yang sudah penuh atau mencukupi pada sesuatu organisma, misalnya terlalu kenyang, tidak mahu bergerak balas lagi terhadap rangsangan luar dan lain-lain lagi.
bulking agentagen pemukalMakanan dan PemakananTeknologi MakananBahan yang menambah isi padu makanan yang selalunya tidak boleh dihadam. Agen pemukal menimbulkan rasa kenyang tetapi tidak menyumbangkan sebarang kalori. Agen ini biasa digunakan dalam makanan pelangsing. Contoh, selulosa dan karboksimetilselulosa.
appetite suppressantpenahan selera makanPerubatanTiadaBahan yang mengurangkan selera makan dan biasanya digunakan dalam rawatan obesiti. Ia bertindak dengan cara mengubahsuai sistem selera melalui laluan katekolamina atau serotonina di otak yang mengubah kepada perasaan lapar dan kenyang. Antara ubat yang digunakan sebagai penahan selera makan ialah Amfepramone, Phentermine, Fenfluramine dan Fluoxetine. Sinonim agen anorektik.
voluntary feed intakepengambilan makanan relaVeterinarTiadaJumlah maksimum pengambilan makanan secara bebas yang diberi tanpa had. Jumlah ini dipengaruhi oleh jenis dan saiz haiwan, saiz perut, tahap fisiologi serta jenis dan kualiti makanan. Ternakan akan berhenti makan secara sendiri apabila kenyang.
palatabilitykeperisaanMakanan dan PemakananMakananSelera atau rasa makanan yang boleh diterima serta menyenangkan deria rasa dan minda seseorang. Kebolehterimaan rasa terhadap makanan dan minuman berbeza, bergantung pada keadaan seseorang individu. Keperisaan menjadi tinggi apabila seseorang dalam keadaan lapar dan menjadi rendah selepas kenyang.
12

Kembali ke atas