Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.nya.ta.an] | کڽاتاءن

Definisi : 1. perihal nyata, kejelasan, keterangan: segala ~ telah menghilangkan segala sangkaan; 2. keadaan atau hal yg nyata, hakikat, kebenaran: akhirnya aku terpaksa menerima ~ itu juga; 3. sesuatu yg dinyatakan (diberitahukan, diumumkan, dll), penjelasan, pengumuman: Perdana Menteri membuat satu ~ penting melalui radio malam ini; papan ~; 4. sudah nyata, terbukti, ternyata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.nya.ta.an] | کڽاتاءن

Definisi : 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar ber­laku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Peribahasa

Bermimpi mendapat emas,
     takkan membuat pura;
bermimpi mendapat padi,
     takkan membuat lumbung.

Bermaksud :

Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Kenyataan Media menggantikan Kenyataan Akhbar 2) Sidang Media menggantikan Sidang Akhbar Adakah boleh digunapakai untuk kedua-duanya? Sekian, terima kasih.Istilah yang tepat ialah Kenyataan Media dan Sidang Media.Lain-lain09.06.2017
APAKAH PENGERTIAN PAPAN TANDA,PAPAN KENYATAAN DAN PENGUMUMAN

Papan tanda ialah papan nama sesuatu tempat (kawasan). Papan kenyataan ialah papan yang memaparkan sesuatu kenyataan atau notis/makluman. Papan pengumuman sama maksudnya dengan papan kenyataan.

Makna29.04.2009
perbezaan diantara papan tanda dan papan kenyataan. berikan ciri2 dan contoh2nyaPapan tanda ialah papan  nama sesuatu tempat (kawasan); papan kenyataan ialah papan tempat ditulis atau ditampalkan  kenyataan (larangan, pengumuman, dll. Untuk malumat tentang ciri dan contoh sila buat rujukan di perpustakaan. Makna20.04.2009
"kertas itu ditampal pada papan kenyataan" atau "kertas itu ditampal di papan kenyataan" Perkataan yang manakah sesuai untuk digunakan edan mengapa?Kertas itu ditampal pada papan kenyataan - menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerjaTatabahasa06.05.2011
Banyak kenyataan yang saya jumpa mengatakan kata ganti nama ku- dan kau- ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya. Persoalan saya, bilakah penggunaan kau- dan ku- boleh dijarakkan selain adanya kata sendi nama yang mengikutinya. Adakah ia perlu dirapatkan jika kata yang mengikutinya itu sama ada kata bantu, kata nafi, kata nama, kata pemeri dan sebagainya. Mohon pencerahan dari pihak DBP berkenaan persoalan yang dikemukakan.Kata ganti nama ku dan kau ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya; ku, mu, dan nya ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya.

Kata ganti nama diri kau ialah kependekan engkau, digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif maka itu ditulis bercantum contohnya:  kaubacalah buku ini. Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku dan lain-lain. Bagi kata ganti nama diri mu pula (kependekan kamu), digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain.
Tatabahasa07.04.2015
1.Rani menulis pengumuman lalu menampalkannya pada sehelai kertas di papan kenyataan. Atau Rani menulis pengumuman pada sehelai kertas lalu menampalkannya di papan kenyataan. 2. Penunggang -penunggang basikal harus menggunakan laluan yang disediakan. Atau Penunggang -penunggang harus menggunakan laluan basikal yang disediakan.1. Rani menulis pengumuman pada sehelai kertas lalu menampalkannya pada papan kenyataan.
2. Penunggang-penunggang basikal harus menggunakan laluan yang disediakan. 
Tatabahasa07.05.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'al' di dalam tajuk, huruf besar atau kecil? Contoh: Kenyataan Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah Rahimahullah atau Kenyataan Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah Rahimahullah? Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam,
Penggunaan "al" ialah huruf kecil. Contoh: "Kenyataan Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah Rahimahullah"
Tatabahasa13.12.2014
apakah bezanya di antara perkataan "kenyataan", "penyataan" dan "pernyataan"? Sekiranya saya ingin menterjemah perkataan bahasa Inggeris "statement". istilah bahasa Melayu manakah yang paling tepat untuk digunakan?Kenyataan bermaksud perihal nyata, kejelasan atau keterangan, penyataan bermaksud perbuatan menyatakan, dan pernyataan bermaksud kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman dan pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara. Ketiga-tiga perkataan ini diterjemhkan kepada bahasa Inggeris sebagai statement, oleh itu bahasa Melayu telah memberi penafsiran yang lebih banyak dan digunakan mengikut kesesuaian konteks penggunaannya.Makna16.11.2009
MOHON SEMAK SEKIRANYA KENYATAAN BAGI PERKARA 1 - ADAKAH BENAR INI MAKSUD BAGI KENYATAAN TERSEBUT DAN BAGI PERKARA 2, BOLEHKAH KOMA DIGUNAKAN SEBELUM PERKATAAN DAN. TERIMA KASIH.

Tidak perlu tanda koma sebelum perkataan "dan" kerana merah, hijau dan kuning dalam kategori yang sama. Maksud yang juga diberikan tidak tepat.







Tanda koma (,)  berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yang berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yang diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yang mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa keterangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yang mendahului ayat induk dan banyak lagi.

 

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan  dan buku Gaya Dewan untuk lebih lanjut.

Tatabahasa28.05.2013
Tuan, Soalan saya. Jadual bertugas itu ditampal pada papan kenyataan. atau....Jadual tugasan itu ditampal pada papan kenyataan. awapan saya jadual tugasan kerana... kalau jadual bertugas .. ibarat jadual yang bertugas...apa komen tuan ? TQPihak kami mencadangkan Jadual Petugas, iaitu   orang yg bertugas (utk melakukan sesuatu), pekerja ; atau Jadual Tugas .1. =  sesuatu (kerja, tanggungjawab, dll) yg mesti dilaksanakan, sesuatu yg ditentukan utk dikerjakan, tanggungjawab;   2. suruhan utk melakukan sesuatu (drpd pihak yg berkuasa), arahan, perintah; 3. kerja yg dijalankan oleh sesuatu jabatan (bahagian tubuh dll), fungsi.Tatabahasa10.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas