Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.ka.ran] | کڤاکرن

Definisi : pengetahuan dan kemahiran seorang pakar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.ka.ran] | کڤاکرن

Definisi : pengetahuan dan kemahiran seseorang pakar: Pelantikan beliau sbg pensyarah di universiti itu merupakan satu penghormatan terhadap ~nya dlm bidang bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakar (kata nama)
Bersinonim dengan ahli, pandai, jauhari, tukang, juru, sarjana, cendekiawan, cerdik pandai, ulama, utas, empu, kipu, spesialis;,
Kata Terbitan : kepakaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Permohonan bagi mendapatkan khidmat kepakaran untuk menyampaikan taklimat dalam bengkel penulisan dan terjemahan.Salam sejahtera,

Khidmat Kepakaran Bengkel 

Untuk makluman permohonan kursus DBP bolehlah dialamatkan kepada:

Ketua Akademi DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 4, Wisma DBP,
50460 Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi:

Laman sesawang: http://akademi.dbp.my/

Nombor telefon: 03-2147 0220/0230

Faksimile: 03-2147-0231

E-mel: akademi@dbp.gov.my

Lain-lain20.01.2022
Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan Bg jwpan sat...Jawapan yang lebih tepat ialah A. kebolehan . Jawapan  "kepakaran" tidak sesuai kerana seseorang yang pakar mestilah mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan memiliki sijil pentauliahan.Tatabahasa17.10.2015
Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan Saya ingin kepastian jawapan beserta alasan. Sy pilih C.Jawapan yang lebih tepat ialah A. kebolehan . Jawapan c. kepakaran tidak sesuai kerana seseorang yang pakar mestilah mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan memiliki sijil pentauliahan.Tatabahasa17.10.2015
BAGAIMANAKAH UNTUK SAYA MENDAPATKAN KHIDMAT/BANTUAN KEPAKARAN PIHAK TUAN UNTUK KERJASAMA DENGAN PIHAK KAMI MEMBERI BENGKEL KEPADA PARA GURU PERPUSTAKAAN? APAKAH TAJUK YANG PIHAK TUAN SEDIAKAN/SESUAI SEKIRANYA PIHAK KAMI INGIN MENJEMPUT TUAN SEBAGAI PENCERAMAH BENGKEL KEPADA PARA GURU?Segala program yang berkaitan dengan kursus dan bengkel kemahiran berbahasa, kesusasteraan dan penerbitan diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau melalui taliann 03-21479000/9001/9002.Lain-lain09.04.2017
Bagaimanakah ejaan yang betul bagi perkataan berikut: subkepakaran atau sub kepakaran? Terima kasihEjaan yang betul ialah subkepakaran.Ejaan26.06.2020
PERTANYAAN TENTANG KURSUS BAHASA MELAYUHUBUNGI BAHAGIAN PEMBINAAN BAKAT DAN KEPAKARANLain-lain12.01.2011
Apakah tugas kerja pembinaan sastera?

 

Assalamualaikum,

saudara,

Bidang tugas pembinaan sastera dalam konteks peranan Dewan Bahasa dan Pustaka secara umumnya tertumpu kepada usaha- usaha pembinaan korpus sastera, pembinaan bakat dan kepakaran, pengiktirafan  serta pemasyarakatan sastera untuk memastikan sastera kebangsaan dihayati, dinikmati dan dimanfaatkan di peringkat kebangsaan bahkan di persada antarabangsa.

Pembinaan korpus sastera  melalui penerbitan karya sastera kreatif dan bukan kreatif,  karya asli, terjemahan karya tempatan ke dalam bhasa Inggeris /adaptasi, yang bersifat umum, ilmiah dan rujukan bacaan tambahan untuk semua peringkat khalayak pembaca yang bermutu memenuhi cita rasa khalayak pelbagai kaum/ etnik (prasekolah, kanak-kanak, remaja dan dewasa) seperti cerpen, novel, puisi, drama, dan kosa kata kesusasteraan Melayu moden dan tradisional dan glosari istilah sastera.

Pembinaan bakat dan kepakaran bahkan pengiktirafan termasuklah melalui pelbagai aktiviti seperti  meningkatkan keterampilan  penulis melalui usaha penataran dan pembinaan penulis di peringkat kebangsaan, memberikan bantuan dalam bentuk kepakaran kepada individu atau kumpulan untuk menghasilkan kegiatan sastera atau projrk penulisan yang bermutu tinggi dalam bahasa kebangsaan.   bahkan DBP juga merupakan badan induk yang memberi pengiktirafan, penghargaan dan hadiah yang sesuai kepada sasterawan atau penulis yang  telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan Malaysia, seperti Anugerah Sastera Negara, Hadiah Sastera Perdana Malaysia bahkan menjadi sekreteriat bagi  peniktirafan dari luar negara. .

Usaha-usaha yang dilaksanakan ini dilipatgandakan lagi dengan usaha menmasyarakatkan sastera supaya sampai kepada khalayak. Pelbagai usaha dilakukan untuk memasyarakatkan sastera secara menyeluruh, termasuklah aktiviti-aktiviti ceramah sastera, seminar, kelab sastera, pementasan teater bagi  menghidupkan  suasana seni sastera dan seni budaya yang dinamik yang dapat mendorong penciptaan karya dan penghayatan seni  dalam kalangan penulis  dan masyarakat seluruhnya melalui wahana sastera.

sekian,

terima kasih.

Sastera16.03.2011
salam, saya ingin menerbitkan dua buah buku. 1) buku thesis ijazah saya 2) buku teknologi tenaga solar (bidang kepakaran saya) apakah laluan yang perlu saya ikuti sehimgga buku saya dapat diterbitkan. Terima kasih stevensonWaalaikumussalam. Tuan boleh menghubungi Pengarah Jabatan Penerbitan melalui talian 0321479494 untuk maklumat lanjut. Sekian. Terima kasih.Karya20.06.2017
Apakah maksud bersesuaian bagi "plenary and keynote speakers"Berdasarkan carian, maksud dapatan kami:

1. Plenary speakers bermaksud seseorang atau tokoh yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang memberikan ceramah/ucapan berkenaan bidang tersebut.

2. Keynote speakers bermaksud seseorang yang memberikan ceramah/ucapan berdasarkan topik utama perbincangan
Penyemakan dan penterjemahan07.01.2019
Assalamualaikum wbt saya ingin bertanya tentang soalan di bawah. Pilihan jawapan saya C. Adakah pilihan saya itu tepat? Saya kurang pasti dengan jawapan dan alasan sebab memilih pilihan C. Ada rakan saya kata jawapannya A. Sebab dia kata ayah bukan mekanik. Jadi ayah tidak punyai kepakaran. Terima kasih Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan
Jawapan yang lebih sesuai ialah A. kebolehan
Tatabahasa17.10.2015
1234567

Kembali ke atas