Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pu/] | کڤوق

Definisi : 1. tempat menyimpan padi, kapuk, rengkiang padi, lumbung padi: kenapa ~ di ladang, kalau tidak berisi padi; 2. sj bakul drpd kulit kayu (tempat diisi nasi, beras, dll); 3. sj bakul (tempat diisi ikan), kembu, kepis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pu/] | کڤوق

Definisi : lekuk; mengepukkan melekukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pu/] | کڤوق

Definisi : tempat menyimpan padi yg berbentuk bulat dan dibuat drpd kulit kayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan jelapang: kapuk, pinuh, belubur, rengkiang, lumbung, baluh, berembau, kembung,

2. Bersinonim dengan kembal: kudai, kembu, kepis, bakul kecil.,


Puisi
 

Apa guna kepuk di ladang,
     Jikalau tidak berisi padi;
Kusangka panas sampai ke petang,
     Rupanya hujan di tengah hari.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Padi sekepuk hampa,
     emas seperti loyang,
kerbau sekandang jalang.

Bermaksud :

Kelihatan kaya (pandai) sebenarnya miskin (bodoh); bernasib malang. kepuk = lumbung padi; jalang = liar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakh istilah atau nama yang diberikan kepada binaan di atas kubur? Perkataan yang sering didengari ialah, kepuk@kepok@kebokMengikut Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, ejaan yang betul ialah "kepuk" yang bermaksud binaan berbentuk segi empat daripada kayu, konkrit atau marmar dan sebagainya, yang dibina di sekeliling kubur.Ejaan18.03.2023
Ingin bertanya maksud peribahasa: AYAM DI KEPUK MATI KELAPARAN, ITIK DI AIR MATI KEHAUSANAntara maksud peribahasa ini ialah sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.Makna30.04.2009
Salam.. Adakah semua perkataan berikut di bawah boleh dikategorikan sebagai simpulan bahasa? Mohon penjelasan pihak DBP. 1.abad komputer 2.abang ipar 3.abang kandung 4.abang kendong 5.abang sanak ayah 6.abang sanak ibu 7.abang saudara 8.abang sepupu 9.abang tiri 10.abilah peringgi 11.baju dalam 12.baju dingin 13.baju hujan 14.baju jas 15.baju Johor 16.baju kahwin 17.baju kebal 18.baju kebaya 19.baju kelepak 20.baju kemeja 21.baju kepuk 22.baju kotong 23.baju kuntum 24.baju kurung 25.baju lasak 26.baju monyet 27.baju panas 28.baju sejuk 29.baju seroja 30.baju teluk belanga 31.baju teratai Terima Kasih.Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam yang bemaksud orang yang tidak memakai kasut dan tangkai jering bermaksud orang yang kedekut. Contoh perkataan yang saudara berikan tidak termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa.Tatabahasa23.11.2012
pakah peribahasa yang sesuai digunakan utk situasi berikut : penyiasatan kes pecah amanah itu bertambah rumit dan amat sukar ditangani seperti ...... kerana membabitkan banyak pihak yang berkepentingan. adakah jawabannya ialah duri dalam daging? atau? apa peribahasa utk menggambarkan situasi yang sukar diselesaikan kerana byk melibatkan pihak yang berkepentingan? tqBerdasarkan kata kunci  'sukar diselesaikan' ada dua peribahasa yang sesuai, iaitu 'Seperti aur ditarik songsang' dan 'Berkelahi dalam kepuk'. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sukar+diselesaikan&d=11 dan klik medan 'Peribahasa'.Lain-lain28.02.2012

Kembali ke atas