[ke.réng.sa.an] | کريڠساءن
Definisi : 1. rasa lemah badan (tidak bertenaga), kelesuan; 2. keadaan atau rasa gatal-gatal, pedih, merah, panas dsb pd sesuatu bahagian badan, iritasi: ini akan menimbulkan ruam dan ~ pd kulit; tempat suntikan yg berulang-ulang boleh menyebabkan ~; 3. mengalami keadaan rengsa: perbezaan ini kelihatan kecil, tetapi sebenarnya kulit bayi lebih mudah terjejas, mudah ~ dan terdedah kpd kerosakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.réng.sa.an] | کريڠساءن
Definisi : keadaan atau rasa terganggu (tidak senang): Ubat itu dpt menghilangkan ~ pd mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)