Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj kenderaan yg terdiri drpd bebe­rapa buah gerabak yg dirangkaikan dan berjalan di atas landasan (rel); ~ bawah tanah (sistem rangkaian) kereta api elektrik yg beroperasi di bawah tanah, terutamanya dlm bandar raya yg besar dan sibuk; ~ cepat = ~ ekspres kereta api yg ber­jalan cepat dan hanya berhenti di stesen­-stesen besar; ~ elektrik kereta api yg bergerak dgn menggunakan tenaga elektrik; ~ komuter komuter; ~ mel kereta api yg membawa surat, bungkusan, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /keréta api/ kenderaan yg terdiri drpd beberapa buah gerabak yg dirangkaikan dan berjalan di atas landasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kereta api

Puisi
 

Kereta api tak ada serombong,
     Kapal pergi ke Batu Pahat;
Sekali-kali saya tak sombong,
     Tapilah tuan tak tahu adat.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ejaan yang betul bagi 'kereta api'? 'Kereta api' atau 'keretapi'. Kebanyakan nama stesen kereta api di Malaysia menggunakan nama seperti Stesen Keretapi Gemas, Stesen Keretapi Pasir Mas, dan sebagainya. Setahu saya ejaan 'keretapi' adalah ejaan lama.kereta api- dieja terpisah.

Tetapi apabila sudah didaftarkan sebelum penyelarasan sistem ejaan baharu, 

Tetapi jika nama khas, apatah lagi nama yang digazetkan, walaupun ejaannya tidak mengikut Sistem Ejaan Rumi, hendaklah ditulis mengikut ejaannya yang telah digazetkan. Contohnya: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Percanggahan ejaan berlaku disebabkan oleh faktor sejarah bahasa. Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Kemudian, pada tahun 1975, DBP menerbitkan buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975) dan buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981). Nama Keretapi Tanah Melayu (sejak 1948) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (sejak Feb 1972) wujud sebelum 16 Ogos 1972, oleh itu tidak terikat dengan Sistem Ejaan Rumi Baharu BM. Nama-nama yang wujud terkemudian tetapi mengekalkan ejaan Bandaraya, misalnya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Ipoh dll mungkin bertujuan untuk penyelarasan nama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sama juga dengan situasi nama stesen kereta api di Malaysia.

Ejaan14.09.2012
Salam. Apakah istilah yang sesuai untuk 'kereta api ETS'? Contoh ayat: Saya pulang ke Ipoh dengan menaiki kereta api ETS. Adakah 'Perkhidmatan kereta api elektrik'? Terima kasih.Untuk makluman, ETS masih belum terdapat dalam pangkalan data DBP.Istilah28.10.2015
keretapi atau kereta apikereta apiEjaan12.05.2011
bagaimana perkataan ini dieja. perlu dieja dekat atau dijarakkan 1. sekaligus atau sekali gus 2. keretapi atau kereta api 3. penambahbaikan atau penambah baikan 4. lalu lintas atau lalulintas 5.kemas kini atau kemaskini 6.Projek Landasan Keretapi Berkembar atau dieja dengan huruf kecil 7. pempiawaian atau pemiawaian 8. Rangkaian Kereta api Ekspres atau dieja dengan huruf kecil rangkaian Kereta api ekspres 9. Sistem Transit Aliran Ringan dieja dengan huruf kecil sistem transit aliran ringan 10.adakah Projek Landasan Keretapi Berkembar sebagai nama khas 11.adakah Rangkaian Kereta api Ekspres (ERL) sebagai nama khas1. sekali gus. 2.kereta api. 3.penambahbaikan. 4. lalu lintas. 5. kemas kini. 6. Projek Kereta Api Berkembar. 7. pemiawaian. 8. Rangkaian Kereta APi Ekspres. 9. Sistem Transit Aliran Ringan. 10. Kata nama khas. 12. Kata nama khas.Tatabahasa20.05.2010
Kata majmuk kereta api atau keretapi?kereta apiEjaan07.02.2013
Saya sedang menyediakan dokumen bagi projek kereta api awam dan salah satu komponen kereta api ini adalah "passing loop". Hasil carian dalam bahasa melayu tidak dijumpai tapi padanan bagi bahasa indonesia adalah "sepur belok". Mohon nasihat DBP. https://en.wikipedia.org/wiki/Passing_loop https://id.wikipedia.org/wiki/Sepur_belokPadanan bagi istilah passing loop ialah landasan lencong. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.08.2022
Tuan, minta lihat ayat contoh di bawah. 1. Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api. Ayat (1) ialah ayat majmuk pancangan keterangan. Perkataan "dengan" bertugas sebagai kata hubung keterangan cara dalam ayat ini. Andai kata saya menggugurkan kata kerja "menaiki" dalam ayat keterangan "dengan menaiki kereta api", ayat akan menjadi begini: 2. Pemuda itu datang dengan kereta api. Saya hendak bertanya, adakah ayat (2) ialah ayat tunggal atau ayat majmuk pancangan keterangan? Ada orang yang mengatakan bahawa bentuk ayat (2) ialah ayat tunggal. Setelah pengguguran kata kerja "menaiki" dalam ayat keterangan digugurkan, ayat majmuk akan berubah kepada ayat tunggal. Ada hal demikiankah? Satu soalan lagi. Adakah perkataan "dengan" dalam ayat (2) bertugas sebagai kata sendi nama atau masih kata hubung keterangan cara? Bagaimanakah saya membezakan tugas "dengan" sebagai kata sendi nama dan kata hubung?Ayat Pemuda itu datang dengan kereta api ialah ayat tunggal, kata dengan berfungsi sebagai kata sendi nama. Sila rujuk Tatabahasa Dewan berkaitan kata sendi nama dan jenis ayat.  Tatabahasa22.12.2014
Slm sejahtera Saya ingin meminta komen bagi ayat berikut: Ali menaiki kereta api pulang dari sekolah. Terima kasih.Ayat Ali menaiki kereta api pulang dari sekolah, betul.Tatabahasa30.06.2015
ejaan yang betul bagi perkataan berikut jasa baik atau jasabaik keretapi atau kereta api walau bagaimana pun atau walau bagaimanapunEjaan yang betul bagi perkataan:
1. jasa baik
2. kereta api
3. walau bagaimanapun
Ejaan08.07.2014
Tuan,apakah perbezaan penggunaan antara perkataan "menjalani" dan "menjalankan" ?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menjalankan bermaksud 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan dan lain-lain). Contoh ayat: (a) Dia cuba menjalankan kereta itu tetapi tidak berjaya. (b) Setelah ayahnya meninggal dunia, Alilah yang menjalankan perniagaan itu. 2. mengerjakan (tugas dan lain-lain), melaksanakan. Contoh ayat: Pak Leman tidak berasa susah untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang penarik beca. Menjalani pula bermaksud mengalami atau melalui.Contoh ayat: Dia telah menjalani satu pembedahan.Tatabahasa10.10.2016
12345678

Kembali ke atas