Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj kenderaan yg terdiri drpd bebe­rapa buah gerabak yg dirangkaikan dan berjalan di atas landasan (rel); ~ bawah tanah (sistem rangkaian) kereta api elektrik yg beroperasi di bawah tanah, terutamanya dlm bandar raya yg besar dan sibuk; ~ cepat = ~ ekspres kereta api yg ber­jalan cepat dan hanya berhenti di stesen­-stesen besar; ~ elektrik kereta api yg bergerak dgn menggunakan tenaga elektrik; ~ komuter komuter; ~ mel kereta api yg membawa surat, bungkusan, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /keréta api/ kenderaan yg terdiri drpd beberapa buah gerabak yg dirangkaikan dan berjalan di atas landasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kereta api

Puisi
 

Kereta api tak ada serombong,
     Kapal pergi ke Batu Pahat;
Sekali-kali saya tak sombong,
     Tapilah tuan tak tahu adat.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Kereta api kereta sorong, Kereta biasa berjalan malam; Tuan besi saya piabung, Sama timbul sama tenggelam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kereta api tak ada serombong, Kapal pergi ke Batu Pahat; Sekali-kali saya tak sombong, Tapilah tuan tak tahu adat.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau ada kereta api, Pergi ke Panggor membeli benang; Sudah suka hati, Perut kosong menjadi kenyang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sudah ada kereta api, Pergi ke Kapar membeli benang; Sudah dapat pembuka hati, Perut yang lapar menjadi kenyang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Bau jalan ke Miri, Sambil menumpang kereta api; Mana saya tahu main tak jadi, Sebaik hidup baik mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas