10.1.102.44

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
luncur
Kata Terbitan : meluncur, meluncurkan, terluncur,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KERETA LUNCUR SALJI UMUM 
MALAMUTE ALASKA

Malamute Alaska ialah anjing kereta luncur salji

yang kuat, tahan lasak dan berbulu lebat, yang

berasal dari Alaska. Orang Inuit yang dikenali

sebagai Malemiut membiakkan baka ini. Malamute

ialah anjing yang besar dan berbadan tegap, yang

tingginya sehingga 70 sentimeter dan beratnya kira-

kira 50 kilogram.

UMUM 
SUKAN KERETA LUNCUR

Sukan kereta luncur juga dikenali kereta

gelongsor ialah sukan musim sejuk yang pantas dan

berbahaya dalam satu pasukan terdiri daripada dua

atau empat orang meluncur di lereng yang curam

dengan menggunakan kereta luncur salji yang

diperbuat daripada keluli dan kaca gentian. Kereta

luncur ini boleh mencapai kelajuan sehingga 150

kilometer sejam. Pasukan yang mencapai masa

keseluruhan yang paling cepat selepas

menghabiskan empat pusingan memenangi acara

ini.

UMUM 
OATES, LAWRENCE EDWARD GRACE

Oates, Lawrence Edward Grace (1880–1912)

ialah pegawai tentera British dan ahli ekspedisi

British ke Antartika yang diketuai oleh Kapten

Robert Falcon Scott. Dia menyertai ekspedisi itu

pada tahun 1910 dan pada tahun 1912

menganggotai kumpulan kereta luncur salji yang

sampai di Kutub Selatan. Dalam perjalanan pulang,

dia diserang reput fros dan mengalami kesukaran

untuk meneruskan perjalanan bersama-sama ahli

lain. Dengan semangat kepahlawanan yang

sanggup berkorban, dia terus berjalan sehingga

menemui maut dalam ribut salji. Semasa

meninggalkan khemahnya, dia berkata, “Saya mahu

keluar; mungkin agak lama.”

Oates lahir di London. Dia menyertai pasukan

tentera dan berkhidmat di Afrika Selatan, Mesir,

dan India.

UMUM 

Kembali ke atas