kontang | tidak berair; kering:kering ~ sedikit pun tidak berair; kering sekali. mengontang menjadi kering. pengontangan hal menjadi kering:Salah satu fungsi kulit ialah mencegah ~ tisu-tisu badan. | Kamus Pelajar |
salir; menyalir | membuat supaya kering; menjadikan kering (dgn mengalirkan air ke luar): ~ sawah. | Kamus Pelajar |
mengeringkan | menjemur (dsb) sesuatu supaya kering; menjadikan kering: Ikan yg tidak habis dijual dibubuhi garam dan dikeringkan. | Kamus Pelajar |
belulang | 1. kulit yg kering (keras) dan tidak disamak, kapal; ~ kering = tinggal tulang ~ kurus kering; 2. kulit yg tebal dan keras (pd tangan dll): kerana banyak memikul, terdapat ~ pd bahunya; berbelulang berkulit tebal dan keras, kapalan: telapak tangannya kesat dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kering | 1. tidak berair: daun ~; Baju yg dijemur itu sudah ~. 2. tidak turun hujan; kemarau:musim ~. 3. ki habis wangnya; tidak berwang. mengering menjadi kering. mengeringkan menjemur (dsb) sesuatu supaya kering; menjadikan kering:Ikan yg tidak habis dijual dibubuhi garam dan dikeringkan. kekeringan 1. sifat atau keadaan kering. 2. telah menjadi kering: Tekak masing-masing ~. 3. ki kehabisan wang. pengeringan perihal (perbuatan dsb) mengering atau mengeringkan: Getah keping itu dijadikan beralur-alur atau berbunga utk mempercepat proses ~. pengering alat utk mengeringkan sesuatu: ~ rambut; balang ~. | Kamus Pelajar |
belulang kering | kurus kering; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bateri kering | bateri elektrik yg terdiri drpd dua atau lebih sel kering; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ranggas | kering daunnya; sudah tidak berdaun (berbulu) lagi. meranggas menjadi kering dan gugur daunnya; luruh bulunya: Pohon rambutan itu ~. | Kamus Pelajar |
dapur kering | dapur yg hanya digunakan utk menyediakan makanan ringan atau menghidangkan makanan (biasanya berkeadaan kering); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekeringan | 1. sifat atau keadaan kering. 2. telah menjadi kering: Tekak masing-masing ~. 3. ki kehabisan wang. | Kamus Pelajar |