Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kering (adjektif)
1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang, dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi,
Berantonim dengan basah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,

3. Dalam konteks durian
bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,

Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan,

Puisi
 

Kucing kurus menggaru papan,
     Papan bernama papan jati;
Kurus kering bukan tak makan,
     Kurus kering memakan hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Kering tempayan,
     cebok pun jauhlah.

Bermaksud :

Setelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menyauk kering-kering, membeli habis-habis.Menyelidiki sesuatu hal sampai jelas; menuntut ilmu hendaklah sampai ke penghabisannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kering tempayan, cebok pun jauhlah.Setelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang.Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dihujani kering, dijemur basah.Berbuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kurus kering seperti bayang; siapa pun tiada menaruh sayang.Kurus sekali kerana sakit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Terjatuh dihimpit janjang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telaga kering hilanglah timba.Kemakmuran habis orang-orang dagang pun pulanglah ke negeri masing-masing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain basah kering di pinggang.Sangat miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti daun kering ditiup angin di tengah padang.Hidup melarat, terkatung-katung kian ke mari.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti cicak kering.Rupa orang di dalam sakit (kurus).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas