dry sink | singki kering | Kesenian | Hiasan Dalaman | Singki dapur yang diperbuat daripada kayu, terutamanya pada abad ke-19 di Eropah. Singki kering tidak disambung dengan sebarang bekalan air. Singki ini mempunyai penutup zink pada bahagian atas yang menjadi tempat meletakkan pinggan mangkuk. Bahagian bawah singki pula terdapat ruang yang dijadikan almari kecil. Singki kering juga boleh dijadikan kaunter minuman atau tempat meletakkan pokok hiasan. |
dry pond | balong kering | Landskap | Tiada | Lihat kolam kering. |
powder post beetle | kumbang bubuk | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kumbang perosak kayu daripada famili Bostrychidae dan Lyctidae. Larva kumbang ini mengorek bahagian kayu gubal yang kering atau setengah kering, terutama kayu keras. Serangan nya dikenali dari[pada habuk halus di tepi lubangyang telah dikorek dan ukuran lubang kira-kira 1.5 mm hingga 3 mm mengikut spesiesnya, misalnya kumbang Lytus spp. |
shipping dry | kering permukaan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Hasil kayu yang telah separuh kering yang mengandungi lembapan yang berjulat antara 20 peratus hingga 25 peratus, tujuannya untuk mengurangkan berat kayu semasa pengangkutan. Kandungan lembapan yang masih tinggi boleh menyebabkan kerosakan dalam perjalanan. |
air felting | pelakanan udara | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Pembentukan hamparan daripada gentian atau kumpulan gentian dalam udara atau kumpulan gentian dalam udara dalam keadaan lembap atau kering, secara berkelompok atau secara berterusan dalam pembuatan papan gentian. Proses ini disebut juga pelakan kering atau pelakan separa kering. |
dry pond | kolam kering | Landskap | Tiada | Kolam yang hanya beri si air apabila berlaku hujan lebat. Sinonim balong kering. |
dry end | hujung kering | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian akhir pengeringan dalam tahur progresif, tempat kayu yang telah kering dikeluarkan. Bahagian ini mempunyai suhu yang tinggi, dan kelembapan bandingan yang rendah. |
dry foam | buih kering | Kesenian | Hiasan Dalaman | Cecair pencuci yang mengandungi air berkimia yang digunakan untuk membersihkan permukaan permaidani. Buih kering ini juga digunakan untuk memudahkan proses menanggalkan kotoran sebelum permukaan tersebut dibersihkan dengan kaedah vakum. |
dry-weather flow syn. low-water flow | aliran musim kering | Hidrologi | Tiada | Aliran air dalam sungai sewaktu cuaca kering yang berpanjangan. |
coefficient, hygroscopic | koefisien higroskopi | Hidrologi | Tiada | Peratusan kelengasan, berasaskan kering-tanur, yang ditahan oleh tanih kering semasa berkeseimbangan dengan atmosfera yang tepu dengan wap air, pada suhu tertentu. |