Penggunaan istilah 'Merungkai'. Dalam kes Mahkamah, Consolidate Cases bermaksud Penyatuan Kes / Kes-Kes Yang Telah Digabungkan. Bagaimana dengan 'Disconsolidate Case? Benarkah frasa MERUNGKAI PENYATUAN KES bersamaan dengan maksud DISCONSOLIDATE CASE? | Untuk makluman, istilah "consolidate cases" dan "disconsolidate cases" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sila berikan konsep atau maksud "disconsolidate case" supaya kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 09.11.2016 |
Tepat atau tidak ayat di bawah: Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengenalpasti beberapa garis panduan untuk diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan adjudikasi kes-kes pertikaian. | Ayat yang betul : Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengenal pasti beberapa garis panduan bagi diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepat adjudikasi kes-kes pertikaian. | Tatabahasa | 12.05.2008 |
Tuan adakah ayat songsang di bawah ini gramatis 4. Kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan meningkat kenapa? • mengapakah meningkat kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan? • mengapakah meningkat pada musim perayaan kes kemalangan jalan raya? • pada musim perayaan kes kemalangan jalan raya kenapa meningkat? • pada musim perayaan kenapa meningkat kes kemalangan jalan raya? 5. Kereta jenama Jepun iaitu Mazda lebih digemari oleh rakyat Malayisa. • lebih digemari oleh rakyat Malaysia kereta jenama Jepun iaitu Mazda • lebih digemari kereta jenama Jepun iaitu Mazda rakyat Malaysia adakah ada jawapan lain untuk soalan no.5? | Gramatis bermaksud mematuhi peraturan tatabahasa. Ayat songsang juga mematuhi hukum tatabahasa tetapi bentuk ayatnya sahaja tidak seperti ayat yang lazim digunakan. Pola ayat songsang ialah predikat + subjek. Ayat yang betul dan ayat songsang. 4. Mengapakah Kes Kemalangan Jalan Raya Meningkat pada Musim Perayaan? - Kes Kemalangan Jalan Raya Meningkat pada Musim Perayaan Mengapa?
5. Kereta jenama Jepun iaitu Mazda lebih digemari oleh rakyat Malaysiia - Lebih digemari oleh Rakyat Malaysia, Kereta Buatan Jepun iaitu Mazda.
Walau bagaimanapun, untuk membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang ayat songsang tersebut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 457. | Tatabahasa | 17.06.2020 |
kes kecurian atau kes pencurian? apakah perbezaan antara kecurian dengan pencurian? sila beri cth, terima kasih. | Pencurian bermaksud perbuatan atau hal mencuri. Kecurian pula bermaksud kehilangan harta benda kerana kena curi. | Tatabahasa | 31.07.2013 |
Salam dan terima kasih kerana sudi membantu. Istilah "case by case basis" digunakan untuk menggambarkan keputusan yang dibuat secara berasingan, masing-masing mengikut fakta keadaan tertentu - dalam kata lain - mempertimbangkan setiap kes secara berasingan dan bukannya mempertimbangkan beberapa kes secara keseluruhannya. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "case by case basis"? Sekali lagi, terima kasih. | Perkataan case by case basis boleh diterjemahkan kepada kes mengikut kes, seperti keputusan berasingan yang dibuat kes mengikut kes. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2019 |
Slm, Soalan: Kes keracunan makanan terutama/terutamanya di sekolah.... (Penggunaan yang betul adalah terutama atau terutamanya?) | Kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 28.10.2010 |
Bagaimana membezakan "antara...dengan" dan "antara...dan"? Yang mana betul: 1)Perbezaan antara kes yang tertinggi dan terendah 2)Perbezaan antara kes yang tertinggi dengan terendah Saya rujuk khidmat nasihat dbp yang ditanya oleh orang lain, jawapan yang dibagi :'antara 1 dan 200' merupakan penggunaan yang tepat. | Berdasarkan contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah 2)Perbezaan antara kes yang tertinggi dengan terendah. Perkataan "antara...dengan" biasanya menunjukkan perbandingan. | Tatabahasa | 18.03.2015 |
1. Penggunaan perkataan PELANJUTAN dan PERLANJUTAN mana yg sepatutnya digunakan untuk kes di mana pegawai memohon perlanjutan/pelanjutan cuti. 2. Penggunaan perkataan PENGISYTIHARAN dan PENGISHTIHARAN mana yang betul untuk kes pengisytiharan/pengisytiharaan harta Selamat Berpuasa + Selamat Hari Raya | 1. lanjut - melanjutkan(perbuatan), pelanjutan(proses melanjutkan). Oleh itu yang betul ialah pegawai memohon pelanjutan cuti. 2. isytihar - mengisytiharkan(perbuatan), pengisytiharan(proses mengisytiharkan. Oleh itu yang betul ialah kes pengisytiharan harta. | Lain-lain | 26.09.2008 |
dalam ayat yang menggunakan "hanya", "adakah ayat itu boleh diakhiri dengan "sahaja" Contoh: Kes itu hanya 2 orang yang mengalami cedera. atau Kes itu hanya 2 orang yang mengalami cedera sahaja. Contoh2: Tugas itu hanya melibatkan Ali sahaja. atau Tugas itu hanya melibatkan Ali. | Hanya bermaksud tidak lebih daripada atau sahaja, oleh itu jika telah ada kata hanya tidak perlu lagi diakhiri dengan kata sahaja, contoh: Tugas itu hanya melibatkan Ali. | Tatabahasa | 20.05.2008 |
adakah terdapat kesalahan bahasa dalam ayat ini 'Dengan meletusnya kes perceraian digital pertama Malaysia di antara pasangan..'? jika ada, mengapa? | Frasa yang betul ialah "Dengan meletusnya kes perceraian melalui alat telekomunikasi yang pertama di Malaysia antara pasangan, ..." Perkataan yang lebih tepat ialah alat telekomunikasi berbanding digital manakala frasa di antara adalah salah kerana kata sendi "di" digunakan untuk merujuk tempat atau ruang. | Tatabahasa | 31.10.2013 |