Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.san] | کسن

Definisi : 1. tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu, bekas: banyak ~ tapak kaki orang di tepi pantai itu; kelihatan ~-~ pahat pd tiang seri rumah itu; terdapat ~-~ jari pd senjata yg digunakan itu; 2. sesuatu (sama ada kebaikan atau keburukan) yg timbul drpd sesuatu keja­dian (keadaan, perbuatan, tindakan, dll), kesudahan (hasil, akibat) drpd sesuatu, efek: kebersihan akan memberi ~ yg baik kpd perniagaan; penderitaan rakyat adalah ~ besar drpd peperangan yg belum tamat itu; 3. pengaruh (pd pemikiran, sikap, watak, dsb) yg timbul akibat drpd menyaksikan (men­dengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yg mendalam kpd pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yg timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yg turut timbul selain drpd kesan utama yg dikehendaki atau yg telah dijangkakan; berkesan 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menim­bulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkembangan dsb), efektif: kerajaan akan meneruskan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu penga­ruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; keberkesanan perihal berkesan, berkesan­nya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; mengesan 1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan se­suatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; mengesani mengesan sesuatu, menjejaki: dia sering ~ semula perkembangan hidupnya seterang-terang yg dapat diingatnya; mengesankan meninggalkan kesan (bekas, tanda, gores, dll): berus yg bergetar itu ~ garisan berkelok-kelok di atas kertas; memperkesankan menyebabkan berkesan; terkesan mendapat kesan (setelah memer­hatikan, mendengar, dll): jika berlaku tindakan sekatan minyak, negara-negara pengimport minyak tidak begitu ~; pengesanan perihal atau perbuatan mengesan; pengesan sesuatu (alat dll) utk mengesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.san] | کسن

Definisi : 1 tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu; bekas tapak kaki dll; jejak: Kami tidak melihat sebarang ~ manusia di situ. 2 sesuatu yg timbul drpd sesuatu kejadian; akibat: Peperangan akan meninggalkan ~ yg buruk kpd rakyat. 3 perasaan atau fikiran yg timbul setelah membuat (membaca dll) sesuatu: Ucapannya tadi menimbulkan ~ yg kurang baik. berkesan 1 meninggalkan kesan atau bekas: Tumbukan dan tendangan budak-budak nakal itu ~ di tubuhnya. 2 menimbulkan atau mendatangkan akibat, perubahan dll: Apakah tindakan yg paling ~ utk mencegah penyeludupan? keberkesanan keadaan atau hal berkesan (bkn tindakan, peraturan dsb). Mereka sedang mengkaji ~ tindakan yg diambil terhadap murid-murid yg tidak berdisiplin. mengesan 1 mencari sesuatu dgn mengikut kesan; mengekori: Pihak polis sedang ~ perompak-perompak yg lepas lari itu. 2 menandakan perjalanan atau kedudukan sesuatu (pd kertas dll): Radar dpt ~ perjalanan kapal-kapal di selat itu. mengesankan meninggalkan kesan: Kejadian itu ~ kehampaan di hatinya. Kata-kata yg pedas itu sangat ~. pengesan 1 alat (radar dll) atau sesuatu yg digunakan utk mengesan sesuatu. 2 orang yg pandai mengesan (mengikut jejak) sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Laser43329/2016bekas liang roma dan liang roma, kesan parut, kedutan, pigmentasi, parut, liang roma, percubaan pertama.Majlis Daerah SegamatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/08960Lulus01/09/201601/09/201612:11:51
rawatan laser2084/2017rawatan laser.pigmentasi,tatu, parut/jerawat, kesan regangan, lingkaran gelap bawah mata, penyingkiran bulu, pemutihan.Majlis Daerah SegamatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/12667Lulus11/01/201712/01/201709:08:04
Ridsect Cockroach Waterbased8892/2014Rumusan berasaskan air. Tidak meninggalkan kesan minyak.Majlis Bandaraya Petaling JayaRacun PerosakTiadaDBP/KPB/201405/03375Lulus02/05/201402/05/201415:31:56
PROMOSI DEPAN KEDAI SK softlight12815/2015Masalah Kulit? Kesan yang bagus dalam masa 10 minit. Rawatan Soft Light Percubaan Pertama RM99 Harga Asal RM500 Tertakluk pada Terma dan SyaratMajlis Perbandaran Subang JayaPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201504/06213Lulus10/04/201513/04/201507:47:11
Banner Rawatan Laser55086/2016Rawatan Laser,pigmentasi, tatu, jerawat/ parut,kesan regangan, lingkaran gelap bawah mata, penyingkiran bulu, pemutihan.Majlis Daerah SegamatPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201611/11077Lulus05/11/201607/11/201612:45:24
Poster Outdoor - BK KB Mall25454/2017DIPANGGANG SEGAR SEJAK TAHUN 1954, DENGAN KESAN PANGGANG YANG SEBENAR DAN RASA YANG UNIK PADA SETIAP KEPINGAN DAGING BURGERMajlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya IslamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201705/13844Lulus28/04/201702/05/201715:30:16
Seminar Kesihatan21864/2014Seminar Kesihatan -Padanan jenis darah dengan makanan boleh memberi kesan kepada sistem penghadamanMajlis Perbandaran Batu PahatPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201409/04646Lulus23/09/201423/09/201409:53:51
Visual Poster 3 - BK KG. BARU SG. BULOH5279/2017DIPANGGANG SEGAR SEJAK TAHUN 1954 DENGAN KESAN PANGGANG YANG SEBENAR DAN RASA YANG UNIK PADA SETIAP KEPINGAN DAGING BURGER.Majlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201702/09941Lulus31/01/201702/02/201722:20:32
Wall Posters 1 - BK Plaza Serdang Raya50502/20161 - SEJAK TAHUN 1954, BURGER KAMI DIPANGGANG SEGAR MENGHASILAKAN KESAN PANGGANG YANG UNIK DI SETIAP KEPINGAN DAGING 2 - SEBESAR 5 INCIMajlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/13406Lulus18/10/201619/10/201610:00:29
FACILITAS42138/2016Berhenti merokok dalam 90 minit Kami membantu perokok berhenti tabiat merokok di seluruh dunia tiada kesakitan tiada kesan sampingan selamat dengan tahap kejayaan melebihi 76% Telefon 017-290 9025 atay 03-5611 8484Dewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/11820Lulus24/08/201625/08/201610:37:09
12

Kembali ke atas