Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.si.ha.tan] | کصيحتن

Definisi : perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll): Kementerian K~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.si.ha.tan] | کصيحتن

Definisi : keadaan atau peri­hal sihat; kesegaran: Kita hendaklah sentiasa menjaga ~ kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sihat (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak sakit: afiat, segar, waras, cergas, cerdas, aktif, cedas,
Berantonim dengan sakit

2. Bersinonim dengan sembuh: pulih, baik semula, betah, uras,
Berantonim dengan sakit

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan masuk akal, dapat diterima, berjalan lancar,

Kata Terbitan : menyihatkan, kesihatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menterjemahkan "right to health" ke bahasa. Yang manakah merupakan terjemahan yang betul? A. Hak Kesihatan B. Hak kepada kesihatan c. Hak Untuk Kesihatan d. Hak pada kesihatan. Terima kasih.Kami mencadangkan "right to health" diterjemahkan sebagai "hak kesihatan", bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.

Istilah15.02.2021
Ali membuat pemeriksaan kesihatan dengan pegawai kesihatan. Tolong semak ayat di atas

Ayat yang betul ialah Ali mendapatkan  pemeriksaan kesihatan daripada pegawai kesihatan.  

Tatabahasa11.04.2019
Bolehkah 'health supplements' diterjemahkan sebagai 'makanan tambahan kesihatan'? ataupun 'tambahan pemakanan kesihatan'?makanan tambahan kesihatan.Tatabahasa04.10.2007
"Bina Badan Untuk Kesihatan" atau "Bina Badan Demi Kesihatan" atau "Membina Badan Untuk Kesihatan"?Kedua-dua adalah betul. Demi dan untuk adalah perkataan yang silih berganti. Salah sekiranya digunakan bersama. 'Bina Badan untuk Kesihatan'. 'Bina Badan demi Kesihatan'. Harap maklum.Tatabahasa22.07.2007
Mohon penjelasan manakah yang betul: klinik kesihatan atau Klinik Kesihatan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "klinik kesihatan" kerana ia merupakan kata nama am, kecuali apabila menjadi kata nama khas seperti "Klinik Kesihatan Gombak" baharulah ditulis dengan huruf besar.Tatabahasa29.01.2013
Apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan organisasi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Adakah: 1. Program Kesihatan Pergigian (sedia ada) 2. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian 3. Program Pergigian Program berperanan sebagai agensi utama untuk; 1. Menentukan, membangun serta mengkaji semula dasar kesihatan pergigian 2. Menerajui penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang serta peraturan berkaitan amalan kesihatan Pergigian Negara 3. Menerajui pengendalian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian termasuk merancang, mengatur, melaksana, memantau dan menilai penjagaan kesihatan pergigian 4. Menerajui pengendalian Aktiviti Promosi Kesihatan Pergigian.Frasa yang sesuai ialah 2. Program Perkhidmatan Kesihatan PergigianLain-lain10.01.2018
apa itu definisi kesihatanKesihatan bermakna perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll)Makna29.07.2006
Assalamu'alaikum wbt... Saya wakil Persatuan Sains Kesihatan USM Kampus Kesihatan ingin memohon nasihat dan semakan untuk Visi, Misi dan Moto Persatuan. VISI PSK Menjadi persatuan yang progresif, proaktif dan efektif terhadap pembangunan mahasiswa sains kesihatan yang cemerlang dan berkualiti untuk kesejahteraan masyarakat. MISI PSK PSK bertekad untuk menjadi persatuan yang mampu 1.Memantapkan akademik, intelektual dan pengetahuan mahasiswa bagi membentuk mahasiswa yang cemerlang dan terkehadapan. 2.Memperkasa pembangunan mahasiswa dalam aspek kerohanian, insaniah dan kepimpinan. 3.Memberi komitmen dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa sepanjang pengajian. 4.Membantu Pusat Pengajian dalam mewujudkan suasana persekitaran yang baik dan kondusif. 5.Membentuk komuniti mahasiswa sains kesihatan yang muhibah dan bermanfaat kepada masyarakat. MOTOSoalan saudara di luar skop khidmat nasihat yang kami sediakan. Untuk makluman saudara, Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah dan tatabahasa. Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara, bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan, kegiatan sastera kanak-kanak dan remaja, carian pantun dan biodata penulis/penyair dan penyemakan bahasa Melayu klasik. Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi peluang penerbitan, panduan penulisan buku, hak cipta dan royalti. Lain-lain19.03.2011
beri penjelasan penulisa yang betul contoh Kor Kesihatan Diraja atau Kor Kesihatan DiRaja dan yang mana betul mengikut dewan bahasa.Ejaan yang betul ialah Kor Kesihatan Diraja.Ejaan12.05.2011
1. Apakah translasi Digital Public Health Division dalam BM? 2. Apakah maksud Bahagian Digital Kesihatan Awam? Adakah ia bermakna bahagian yang membuat pendigitalan bagi kesihatan awam? Apa yang kami ingin sampaikan / tunjukkan adalah: Kesihatan Awam adalah perkara utama dan Digital adalah komponen kecil Kesihatan Awam. Oleh itu, adalah dimohon bantuan dari pihak DBP dalam penamaan Bahagian baharu ini. Terima kasih1. "Digital Public Health Division" bermaksud Bahagian Kesihatan Awam Digital.
2. Maksud Bahagian Digital Kesihatan Awam berkait dengan fungsi tertentu di bawah agensi atau jabatan yang berkaitan. Mohon saudara merujuk  agensi atau jabatan yang terlibat kerana mereka lebih arif tentang makna sebenar bahagian tersebut.
Makna11.08.2022
12345678910...

Kembali ke atas