Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tan.du.san] | کتندوسن

Definisi : 1. perihal tandus, ketiadaan sama sekali: ‘Dilema Melayu’ ditulis dlm masa ~ daya dan kepapaan bangsa; 2. telah habis langsung (bkn idea, modal, bakat dsb), mengalami keadaan tandus, kehabisan: universiti itu mempunyai ramai pelajar dan tidak ~ bakat; benarkah beliau telah diper­alatkan oleh kumpulan serpihan yg sudah ~ idea perjuangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tan.du.san] | کتندوسن

Definisi : keadaan tan­­dus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandus (adjektif)
1. Bersinonim dengan gondol: gersang, kersang, safsaf,

2. Bersinonim dengan habis langsung: licin-licau, tiada lagi, hilang, lenyap, pupus, tandas,

Kata Terbitan : ketandusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam hal ini,tidak dapat dinafikan bahawa,anak-anaknya kerap membeli barangan yang tidak berguna dan ketandusan mendapat kecantikkan barang kepada diri sendiri.Bertitik tolak daripada hal itu,mereka menanam tabiat buruk untuk membeli barangan yang tidak berguna di pusat atau di pasaran.Menurut kadar bilangan rakyat Malaysia membuang sampah semakin serius,kerajaan seharusnya merancang pelan dengan sebaik mungkin untuk mencegah masalah atau rintangan ini dalam keadaan berlaku di negara kita.Sebagai analoginya,pihak sekolah sememangnya mengadakan aktiviti cara menabung wang untuk menggelakkan kita menanggung beban berat atas perbelanjaan keperluan barangan.Anak-anak mereka perlulah menerima atau menganjurkan aktiviti dengan semangat yang lebih aktif untuk belajar menguruskan wang.Apakah kepentingan amalan menabung dalam kehidupan seharian?Ironinya,tidak dapat dinafikan bahawa kita dapat menyelesaikan masalah buruk diri sendiri tanpa bergantung pada diri sendiri menarik rambut dalam tepung ,rambut jangan terputus,tepung jangan berselerak. Bolehkah Tuan /Puan memberikan bantuan.Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih

Puan Catherine,



semakan yang diminta termasuk dalam semakan dokumen. Untuk makluman pihak puan, DBP ada menyediakan semakan dokumen bahasa Melayu dengan kadar RM8 satu muka surat (saiz huruf 12; Arial/Times New Roman; langkau 2 baris). Sila e-melkan dokumen tuan kepada fadhilah@dbp.gov.my untuk sebut harga dan maklumat lanjut. Terima kasih.

Lain-lain27.01.2021
Selamat malam, 1. Adakah semua ayat berikut merupakan ayat pasif ? a) Mereka kehausan. b) Bajunya belum berbasuh lagi. c) Dia ketandusan kasih sayang. d) Dia bekerja di kilang kasut. 2. Adakah penanda wacana "justeru / justeru itu" masih relevan untuk digunakan pada permulaan ayat ?Ayat (a), (b) dan (c) ialah ayat pasif manakala ayat (d) ialah ayat aktif. Penanda wacana yang betul ialah "justeru".Tatabahasa21.01.2010
Penulis yang terkenal itu tidak pernah kering idea untuk menghasilkan karyanya. Adakah penggunaan perkataan 'kering' betul ?Penggunaan perkataan kering dalam ayat boleh digunakan. Namun, perkataan yang lebih tepat digunakan ialah ketandusan idea.Tatabahasa02.07.2013
Salam...terima kasih diatas bantuan yang diberikan. Namun begitu saya masih lagi keliru dengan terma 'food deserts'. Bersama-sama -sama ini saya sertakan ayat berkaitan ' People who live in food deserts often have no option but to rely on smaller stores where prices are higher and the quality and variety of fresh food is more limited' Apakah terma yang sesuai digunakan bagi menjelaskan food deserts bagi ayat di atas. Terima kasihUntuk makluman istilah food desert tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan cultural desert yang padanan bahasa Melayunya ialah ketandusan budaya. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk food desert ialah ketandusan makanan. Dalam konteks ayat yang diberikan,  padanan yang dicadangkan ialah kawasan ketandusan makanan.Istilah20.05.2011
‎Suzlina Adwiyah Mhn pencerahan DBP...jk dbp ingin mnerbitkn buku seseorg..apakah org itu perlu melakukan proses pengistiharan harta trlebih dahulu..jk ya..utk ape pgistiharan harta itu dlakukan..bgmn pula jk buku yg ingin dterbitkn itu..adlh buku insan yg sdh lma mninggl dunia..adakah insan yg sdh mninggl dunia msh mpunyai hrta..melainkan hrta yg dsedekahkn ke jln baik.dan hrta ank2 yg soleh..sy mhn pcerahan ....insan yg ketandusan ilmu..Puan Suzlina Adwiyah, Untuk makluman soalan puan adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Berkaitan soalan yang diajukan, puan boleh menghubungi Puan Zaiton binti Abu Samah (Ketua Bahagian Harta Intelek) melalui nombor telefon 03-21479434 atau e-mel zaiton@dbp.gov.my. Sekian, terima kasihLain-lain18.05.2017
selamat pagi, 1. wajah pesakit kamser itu_________ a. pucat b. cekang 2.Adakah kedua - ayat ini betul a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar b. Pendebat itu telah tandus idea bagi mematahkan hujah lawan. 3. Penjaga gol berjaya___________bola itu a. Menepis B. menangkis1. Wajah pesakit kanser itu pucat.

2. Tandus ialah 1. tidak ditumbuhi apa-apa: padang ~ padang yang tidak ditumbuhi apa-apa.  2. telah habis langsung (berkenaan idea, modal, bakat).

     a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar.
    Penggunaan perkataan tandus tidak sesuai dalam ayat di atas.

    b. Pendebat itu telah ketandusan idea bagi mematahkan hujah lawan.

3. Penjaga gol berjaya menangkis bola itu.
Tatabahasa13.03.2013
Saya sekadar ingin memaklumkan kepada DBP tentang kesilapan makna 'desert' yang sepatutnya gurun dan bukan pencuci mulut (dessert) dalam PRPM. Sekian.

desert Definisi : (désert) bp pembasuh mulut, pencuci mulut. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

dessert Definisi : 
n /
pembasuh, pencuci/ mulut, desert. 
(Kamus Inggeris-Melayu Dewan).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, desert ialah bahasa percakapan (bp) yang membawa maksud pembasuh mulut, pencuci mulut.

Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan pula, desert ialah gurun, padang pasir; (as proper n) Gurun: the Gobi D~, Gurun Gobi; coastal ~, gurun pinggir laut; temperate ~, gurun hawa sederhana; a cultural ~, ketandusan budaya.

Makna03.09.2019

Kembali ke atas