Kurik Kundi Merah Saga | Jurumudi pegang kemudi, Nyiur bakul peninjau kerang; Bukan sebabnya tidak berbudi, Jangan ketara kepada orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pandailah pandai membelah buah, Buah dibelah pakailah parang; Pandailah pandai membawa olah, Jangan ketara di muka orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga kenanga bunga kenangan, Kenangan Uda bersama Dara; Seribu tahun dalam kehilangan, Namun lupa tidak ketara. |