Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.ram.pi.lan] | کترمڤيلن

Definisi : kecekapan, kemampuan (yg tinggi); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.te.ram.pi.lan] | کترمڤيلن

Definisi : keadaan atau sifat terampil; kecekapan; kemampuan (yg tinggi): Kursus utk meningkatan ~ dan kecekapan kakitangan juga diadakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terampil (adjektif)
Bersinonim dengan cekap, cetakan, cegak, cergas, pantas, tangkas, campin;,
Kata Terbitan : keterampilan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ketrampilan/keterampilanketerampilanEjaan07.06.2011
Adakah kata keterampilan sesuai dengan padanan competency dalam frasa berikut: keterampilan berbahasa - language competency.Padanan yang sesuai untuk perkataan Language Competency ialah Keterampilan Berbahasa. Penyemakan dan penterjemahan24.10.2018
Assalamualaikum. Tuan, saya ingin bertanya. Apakah ejaan yang paling tepat, keterampilan atau ketrampilan? Sekian, terima kasih.Keterampilan.Tatabahasa16.01.2013
saya sering menemui perkataan "KETERAMPILAN' digunakan dengan meluas di majalah fesyen, iklan, buku mengenai gaya hidup. Perkataan ini seolah-olah bermaksud penampilan menarik atau berpenampilan hebat walhal setelah merujuk Kamus Dewan, ia bermaksud kecekapan atau kemampuan yang tinggi. Bolehkah tuan jelaskan apa maksud sebenar 'KETERAMPILAN" atau "TERAMPIL"? Patutkah saya rasa keliru?Betul seperti yang saudara nyatakan terampil bermaksud cekap (dlm melaksanakan sesuatu, menyelesaikan masalah, dsb) dan keterampilan bermaksud wibawa seseorang apabila dapat melaksanakan sesuatu tugas.Tatabahasa11.10.2011
apakah maksud sebenar KETRAMPILAN? samaada KECEKAPAN @ GAYA?Keterampilan bermaksud: kecekapan, kemampuan (yg tinggi).Makna25.08.2009
definisi bagi perkataan 'ketrampilan dan 'keperibadian'

keterampilan
kecekapan, kemampuan yang tinggi.

keperibadian
perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa

Lain-lain31.12.2007
Tolong cari 1 kesalahan istilah dan 1 kesalahan tatabahasa bagi 2 ayat di bawah.Terima kasih.1)Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.2)Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.Soalan 1)Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.

Jawapan 1:
Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha di Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barangan keluaran (syarikat) mereka.

2)Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.
Jawapan 2:
Tumpuan kini ialah ke arah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke masa / dari semasa ke semasa hingga mencapai satu tahap ynag dikehendaki.
Tatabahasa02.04.2013
Sejauh manakah bahasa melambangkan bangsa?Bincangkan tajuk ini dari aspek budaya,identiti,jati diri,perpaduan dan penyatuan rakyat untuk negara kita.

Keterampilan seseorang apabila berbahasa menunjukkan asal keturunannya,jika baik, baiklah bangsanya, jika tidak, sebaliknya. Untuk maklumat lanjut dan terperinci tentang tajuk yang diberi sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.

Lain-lain11.12.2008
Saya ingin bertanya peluang untuk menulis di dalam Dewan Bahasa dan Pustaka..Saya berminat untuk menulis dalam bidang sukan..

Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penrbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik  (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba.

Lain-lain16.11.2009
Saya berminat untuk menulis buku cerita kanak-kanak. Bagaimana boleh saya dapatkan panduan menulis untuk penerbitan?

Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penerbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik  (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Untuk keterangan lanjut, sdr. bolehlah menghubungi Puan Hajah Zalila binti Sharif, Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur atau e-mel: zalila@dbp.gov.my.

Lain-lain16.07.2009
12

Kembali ke atas