Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti.ka] | کتيک

Definisi : 1 waktu yg pendek atau waktu tertentu; saat: ~ itu, saya sedang duduk berbual-bual dgn kawan-kawan di halaman rumah. 2 pd waktu (masa); semasa; tatkala: Dia sedang beristirahat ~ kami sampai di rumahnya. seketika sebentar; sekejap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketika (kata nama)
Bersinonim dengan waktu, masa, jam, saat, tatkala, zaman, abad, kurun, kala, dewasa, tempoh;,
Kata Terbitan : seketika, berketika,

Puisi
 

Asam pauh asam pulasan,
     Ketika bambangan balu;
Meskipun jauh berkirim pesan,
     Pesan jangan dibuang lalu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Ketika ada jangan dimakan,
     telah habis (= tiada) maka dimakan.

Bermaksud :

Berhemat cermat dalam penghidupan.

 

Lihat selanjutnya...(18)

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDi waktu panas ketika rembang, Hujan ribut awan dan mega; Penglipur lara penawar bimbang, Ingatan abang tidak dua tiga.
Kurik Kundi Merah SagaAsam pauh asam pulasan, Ketika bambangan balu; Meskipun jauh berkirim pesan, Pesan jangan dibuang lalu.
Kurik Kundi Merah SagaNaik bukit tangga batu, Hari petang memetik mangga; Meniti balik ketika waktu, Abang seorang merantau juga.
Kurik Kundi Merah SagaBuah jangan dimakan sembarang, Buah di rimba banyak duri; Jangan mengharap tuahnya orang, Sampai ketika susah sendiri.

Kembali ke atas