Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti.ka] | کتيک

Definisi : 1 waktu yg pendek atau waktu tertentu; saat: ~ itu, saya sedang duduk berbual-bual dgn kawan-kawan di halaman rumah. 2 pd waktu (masa); semasa; tatkala: Dia sedang beristirahat ~ kami sampai di rumahnya. seketika sebentar; sekejap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketika (kata nama)
Bersinonim dengan waktu, masa, jam, saat, tatkala, zaman, abad, kurun, kala, dewasa, tempoh;,
Kata Terbitan : seketika, berketika,

Puisi
 

Asam pauh asam pulasan,
     Ketika bambangan balu;
Meskipun jauh berkirim pesan,
     Pesan jangan dibuang lalu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Ketika ada jangan dimakan,
     telah habis (= tiada) maka dimakan.

Bermaksud :

Berhemat cermat dalam penghidupan.

 

Lihat selanjutnya...(18)

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
singkek[siN.kE/]kata namadari ketika waktu ini (tentang masa), mulai hari ini.Singkek ni, jangan kau buek kojo macam tu.[siN.kE/ ni dZA.NAn kAw bu.wE/ k.dZ mA.tSAm tu]Mulai masa ini, jangan kau buat lagi kerja macam itu.
kotuau[k.tu.wAw]kata kerjamengeluarkan bunyi dengan cara meniup dua belah tapak tangan (yang dilekapkan).Komarahan rimau, bilo mondonga bunyi kotuau tiko malam ari.[k.mA.ÄA.hAn Äi.mAw bi.l mn.d.NA bu.øi k.tu.wAw ti.k mA.lAm A.Äi]Kemarahan harimau apabila mendengar bunyi ketuau ketika malam hari.
ponanggah[p.nAN.gAh]kata nama1. tempat meletak peralatan dapur ketika kenduri.Bilo nak konduri ponoh pinggan mangkuk dilotak kek ponanggah.[bi.l nA/ kn.du.Äi p.nh piN.gAn mAN.ku/ di.l.tA/kE/ p.nAN.gAh]Apabila hendak kenduri, penuh pinggan mangkuk diletakkan di penanggah.
langgai[lAN.gAj]kata namakayu palang tempat menyandarkan buluh lemang ketika dibakar.Tolong buekan langgaian lomang kek bolakang rumah tu, lomange dah siap nak baka.[t.lN bu.wE/.An lAN.gAj.An l.mAN kE/ b.lA.kAN Äu.mAh tu l.mAN.E dAh siAp nA/ bA.kA]Tolong buatkan langgaian lemang di belakang rumah itu, lemangnya sudah siap hendak bakar.

Kembali ke atas