Salam, yang manakah betul antara 'tidur nyenyak' ataupun 'nyenyak tidur'. Ayatnya berbunyi begini, "Ketika itu, Encik Raj sekeluarga sedang nyenyak tidur." Sekian, terima kasih. | Perkataan "nyenyak tidur" betul dan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 18.12.2013 |
Encik Khalid sedang __________ roti canai di restorannya. A.menguli B.menebar C.mencanai D.menebar | Semua betul. Jawapan bergantung kepada perbuatan encik Khalid ketika itu. | Tatabahasa | 20.11.2008 |
Manakah yang betul? 1. Pada masa itu, saya sedang tidur. 2. Pada ketika itu, saya sedang tidur. | Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 01.10.2013 |
Pak Mail dan isterinya datang ____ Kami sekeluarga sedang makan tengah hari. A. tatkala B apabila Apakah jawapannya apakah perbezaan tatkala dan apabila? | Tatkala bermaksud ketika (itu), pada masa (itu), waktu (itu): ~ itu anak miskin itu pun masuklah. Apabila pula bermaksud semasa, sewaktu, ketika, bila mana, apa kala: ~ ada harta si mati hendak dibahagikan, tentu sahaja ada pertelingkahan; dia semakin bimbang ~ melihat keadaan ibunya yg semakin tenat. Perkataan yang boleh digunakan ialah apabila. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Salam sejahtera, Apakah yang dimaksudkan dengan "berdarah putih bertulang tunggal" dalam ayat contoh ini. ( Maka tatkala itu lalu ia pun teringatlah ia anak orang tuha-tuha, lalu ia bersahut saksilah pada ketika itu, "Jikalau aku anak orang tuha-tuha, berdarah putih bertulang tunggal, minta terangkatlah kota paritku sekali dengan istana mahligaiku ini dan hamba sahaja pergi jatuh ke dalam hutan tempat orang tiada sampai.") | Petikan tersebut terdapat dalam teks sastera. Penggunaan bahasa klasik dalam ayat iaitu berdarah putih bertulang tunggal bermaksud mempunyai darah putih dan tulang yang satu. | Sastera | 20.08.2013 |
Bagaimakah ejaan asal 'masyarakat' Bahasa Melayu kuno atau di persuratan lama? Adakah ianya 'masharakat'? Saya mahu membuat pengesahan. Terima kasih. | Perkataan "masyarakat" dipinjamkan daripada bahasa Arab. Sebelum tahun 1972, Malaysia menggunakan ejaan lama dalam mengeja masyarakat. Grafem yang digunakan pada ketika itu ialah "sh", grafem "sy" diperkenalkan pada tahun 1972. Ejaan tersebut ialah "masharakat". | Lain-lain | 03.04.2019 |
Salam sejahtera, Apakah yang dimaksudkan dengan "orang tuha-tuha" sila rujuk ayat contoh dalam kesusasteraan ini. ( Maka tatkala itu lalu ia pun teringatlah ia anak orang tuha-tuha, lalu ia bersahut saksilah pada ketika itu, "Jikalau aku anak orang tuha-tuha, berdarah putih bertulang tunggal, minta terangkatlah kota paritku sekali dengan istana mahligaiku ini dan hamba sahaja pergi jatuh ke dalam hutan tempat orang tiada sampai.") | Tuha ialah perkataan dalam teks satera lama yang bermaksud tua. Maka frasa "anak orang tuha-tuha" bermaksud anak orang tua-tua. | Makna | 17.06.2013 |
Saya ingin bertanya apakah mengapakah terjadinya beberapa perbezaan dalam menentukan gelaran seseorang misalnya Datuk Seri, Dato' Seri, Dato' Sri... contohnya saya ingin menulis gelaran karangan pada tahun 2005 berkaitan sukan, jadi saya mencari siapakah menteri sukan ketika itu, lalu saya terjumpa pelbagai gelaran Datuk Azalina Othman, Dato' Seri Azalina Othman, Datuk Seri Azalina Othman. Mengapakah berlaku sedemikian? | Setiap penerima darjah kebesaran tertentu daripada negeri bersultan akan bergelar Dato' atau Dato' Seri kecuali penerima anugerah daripada negeri Pahang yang bergelar Dato' Sri seperti YAB Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak dan YB Dato' Sri Hishamuddin bin Tun Hussein. Penerima darjah kebesaran tertentu daripada Persekutuan dan negeri-negeri tidak bersultan akan bergelar Datuk dan Datuk Seri. Sememangnya terdapat perbezaan dalam gelaran penerima anugerah negeri-negeri (bersultan dan tidak bersultan) dan Persekutuan, oleh itu media mengambil jalan tengah dengan menggunakan gelaran Datuk dan Datuk Seri untuk semua penerima. Dalam hal ini, media tidak boleh dijadikan rujukan lebih-lebih lagi dalam penulisan rasmi. | Lain-lain | 13.06.2011 |
APA itu inhalan? APA itu emas? Apa itu tatkala Tatkala atau tatkila? | 1. Inhalan bermaksud ubat sedut 2. Emas merujuk kepada logam berwarna kuning yg mahal harganya, yang biasanya dijadikan perhiasan seperti cincin, rantai dan sebagainya. 3. Perkataan yang tepat ialah tatkala yang bermaksud ketika (itu), pada masa (itu) dan waktu (itu).
| Makna | 15.04.2016 |
Minta tanya, bagaimanakah menggunakan perkataan 'patriotisme' dan 'patriotik'? | Patriotik = bersifat (berperasaan, bersemangat) sebagai patriot. Contoh ayat, Jepun telah berjaya membangkitkan perasaan patriotik di kalangan penduduk tempatan. Manakala, patriotisme ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Cntoh ayat, puisi Itali dipengaruhi oleh rasa perpaduan bangsa dan patriotisme keitalian yang menjadi tema popular ketika itu. | Tatabahasa | 12.04.2013 |