Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.un.tu.ngan] | کأونتوڠن

Definisi : 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemujur-an: tidak ada apa-apa lagi yg menggores hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri; 2. laba, untung: takkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~; 3. (sesuatu) yg mendatangkan untung, manfaat: dgn itu, berakhirlah istiadat yg telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yg tidak memberi apa-apa ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.un.tu.ngan] | کأونتوڠن

Definisi : 1 sesuatu yg menguntungkan; apa-apa yg mendatangkan untung: Tindakan segera yg diambil telah membawa ~ kpd syarikat itu. 2 faedah; manfaat: Pergaduhan itu tidak memberi apa-apa ~ kpd kedua-dua pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Peribahasa

Menangguk dalam air keruh.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting, c. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan).

 

Lihat selanjutnya...(74)

170

The early bird catches the worm

Yang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntungan

Siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata

There were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that the early bird catches the worm, and whose who late will be disappointed.

Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
economic profitkeuntungan ekonomiPentadbiranTiadaKeuntungan yang melebihi keuntungan biasa.
profit equalisation reserverizab penyamarataan keuntunganEkonomiTiadaJumlah tertentu yang diambil daripada keuntungan kasar perbankan Islam. Jumlah ini akan digunakan untuk menampung kekurangan keuntungan yang diberikan kepada penyimpan. Tujuan rizab ini untuk memastikan pulangan keuntungan yang diterima oleh penyimpan stabil dan setanding dengan keuntungan atau faedah yang diberikan oleh institusi kewangan lain. Sekiranya jumlah ini tidak digunakan, rizab ini akan dipindahkan ke liabiliti perbankan Islam dan dilaburkan sebagai akaun mudarabah muqayyadah.
profitability rationisbah keuntunganPengurusanPerancanganNisbah yang mengukur prestasi kewangan syarikat berdasarkan laba yang diperoleh berbanding dengan jumlah jualan yang dihasilkan. Nisbah keuntungan menggambarkan keupayaan syarikat untuk mendapat keuntungan dalam satu tempoh masa tertentu selepas jumlah hasil jualan ditolak dengan semua kos dan perbelanjaan yang terlibat dalam menjalankan perniagaan. Nisbah ini akan digunakan dalam menentukan untung bersih syarikat dan pulangan dividen yang boleh dibayar kepada pelabur. Contoh nisbah keuntungan termasuklah kadar keuntungan bersih, kadar pulangan aset dan kadar pulangan ekuiti.
International Non-Government Organization (INGO))Organisasi Bukan Kerajaan AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi yang merupakan salah satu komponen dalam sistem antarabangsa. Organisasi ini terdiri daripada pertubuhan yang berasaskan keuntungan dan bukan berasaskan keuntungan. Contoh pertubuhan yang berasaskan keuntungan ialah Perbadanan Multinasional (MNC) seperti General Motors, Shell dan British Petroleum, manakala pertubuhan yang bukan berasaskan keuntungan ialah Gereja Roman Katolik dan Amnesti Antarabangsa. MNC merupakan aktor yang penting dalam sistem antarabangsa kerana keupayaannya mempengaruhi dasar luar negara asalnya serta negara tuan rumah yang dijadikan tempat operasi perniagaannya. Sumbangan MNC kepada negara tuan rumah adalah daripada segi pembentukan modal, kemahiran teknologi dan pengurusan, pembangunan dan imbangan bayaran. Perkara yang menjadi kebimbangan pihak negara tuan rumah ialah dominasi perindustrian, pergantungan kepada teknologi dan gangguan kepada perancangan ekonomi negara oleh pihak MNC. Sinonim INGO.
social gainskeuntungan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganManfaat yang diperoleh oleh masyarakat kesan daripada perkembangan pembangunan, projek atau program. Keuntungan atau manfaat ini tidak dilihat dari sudut kewangan atau material tetapi lebih membawa makna keuntungan sosial yang bersifat pengukuhan hubungan sosial, peningkatan pendidikan dan daya berfikir, keharmonian hubungan kaum, kestabilan sosial, peningkatan kesedaran sivil dan sebagainya.Idea ini dibincangkan oleh K. Sabbarao (1993) dalam kajian Social Gains from Female Education: A cross National Study. Contohnya, peningkatan pendidikan di kalangan wanita luar bandar telah memberi keuntungan sosial kepada masyarakat tersebut seperti kelahiran beberapa pemimpin politik.
underwritting profit/losskeuntungan/kerugian pengunderaitaninsuransTiada1. Keuntungan/kerugian yang didapati daripada urus niaga insurans berbeza dengan yang didapati daripada pelaburan. 2. Lebihan premium apabila ditolak tuntutan dan belanja pengurusan (keuntungan) atau lebihan tuntutan apabila ditolak premium (kerugian).
fair-return pricingpenentuan harga pulangan berpatutanEkonomiTiadaSuatu peraturan yang membenarkan sesebuah firma itu mengenakan harga yang cukup tinggi untuk membuat keuntungan normal dan bukan keuntungan ekonomi yang berlebihan.
conditional profitkeuntungan bersyaratPentadbiranTiadaKeuntungan yang tertakluk kepada gabungan alternatiif keputusan dan keadaan semula jadi.
profit payoffganjaran keuntunganPentadbiranTiadaNilai keuntungan yang akan diperolehi jika satu alternatif diambil dalam keadaan tertentu.
realized capital gainkeuntungan modal terealisasiPentadbiran PerniagaanTiadaKeuntungan modal atas satu aset pelaburan yang diperoleh melalui jualan atau tukaran aset tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas