Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.u.pa.ya.an] | کأوڤاياءن

Definisi : kesanggupan (kebolehan) utk mencapai atau melakukan sesuatu, kemampu-an: kanak-kanak mempunyai perangai, ke­cenderungan, dan ~ yg berbeza; bahasa itu sendiri perlulah mempunyai ~ utk menjadi sebuah bahasa moden; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.u.pa.ya.an] | کأوڤاياءن

Definisi : kesanggupan atau kemampuan utk melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
upaya (kata nama)
Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;,
Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEUPAYAAN

Keupayaan lihat Kecerdasan.

UMUM 
METER KEUPAYAAN

Meter keupayaan ialah alat yang mengukur

arus elektrik, voltan dan rintangan dengan kejituan

tinggi. Meter ini menunjukkan perbezaan voltan

dengan membandingkan daya elektromotif yang

tidak diketahui dengan daya elektromotif yang

diketahui. Ia digunakan untuk menentu ukur

voltmeter dan ammeter, dan juga sebagai unsur

kawalan dalam litar dan alat elektronik.

Lihat juga Ampere.

UMUM 
KEANJALAN

Keanjalan ialah keupayaan pepejal kembali ke

bentuk dan saiz asalnya selepas ia diubah bentuk

oleh sesuatu daya. Semua pepejal mempunyai

keanjalan.

UMUM 
TENAGA

Tenaga , dalam fizik, ialah keupayaan untuk

melakukan kerja. Misalnya, memecutkan kereta atau

mengangkat seketul batu memerlukan kerja. Kerja

dan tenaga diukur dalam unit yang sama. Kita kerap

mengelirukan tenaga, kuasa dan daya. Kuasa ialah

kadar kerja dilakukan. Daya ialah tolakan atau tarikan

terhadap benda atau jasad. Daya akan menghasilkan

kerja selagi daya menggerakkan objek. Amaun kerja

akan ditentukan oleh kekuatan daya yang digunakan

dan sejauh mana jarak objek bergerak. Tenaga yang

dikaitkan dengan pergerakan dinamakan tenaga

mekanik .

UMUM 
ALOTROPI

Alotropi, dalam kimia ialah keupayaan sesuatu

unsur wujud dalam lebih daripada satu bentuk.

Bentuk-bentuk ini dinamakan alotrop .

UMUM 
OPTOMETRI

Optometri ialah profesion yang berkaitan

dengan penjagaan penglihatan. Ahli optometri

memeriksa kesihatan mata dan penglihatan.

Mereka mendiagnosis masalah penglihatan yang

menjejaskan keupayaan seseorang untuk melihat

objek yang dekat dan jauh dengan jelas dan untuk

mengagak jarak. Mereka juga menguji keupayaan

mata untuk bekerja bersama dan untuk mengubah

fokus dengan mudah. Ahli optometri

mempreskripsikan kaca mata dan kanta sentuh

untuk membetulkan penglihatan yang rosak.

Mereka juga boleh mengesyorkan program terapi

penglihatan untuk membantu seseorang

mengatasi masalah penglihatan tertentu. Jika ahli

optometri mendiagnosis gejala yang

menunjukkan penyakit pada mata atau mana-mana

bahagian badan yang lain, orang berkenaan

dirujuk kepada doktor.

UMUM 
BIOSENSORSejenis alat analisis yang menggabungkan alat elektronik dan keupayaan pengenalan spesifik bahan aktif biologi.KEJURUTERAANKonsep
KELUMPUHAN SPASTIK

Kelumpuhan spastik suatu keadaan apabila

keupayaan mengawal otot berkurang akibat

kerosakan pada sistem saraf pusat (otak dan saraf

tujang). Kerosakan yang mengakibatkan keadaan ini

boleh berlaku semasa ataupun sebelum kelahiran.

Kelumpuhan spastik boleh juga berkembang

selepas kelahiran sekiranya jangkitan seperti

meningitis merosakkan otak, atau jika kerosakan

berpunca daripada strok, keretakan tengkorak, atau

kecederaan lain.

UMUM 
PERTUMBUHAN SEMULA

Pertumbuhan semula pada tumbuh-tumbuhan

dan haiwan, ialah keupayaan untuk menggantikan

bahagian yang hilang atau yang rosak dengan

tumbuhan bahagian yang baru. Pertumbuhan semula

selalunya dilakukan pada tumbuh-tumbuhan. Jika

pohon atau pokok renek dicantas berhampiran

dengan pangkalnya, pucuk baru mungkin tumbuh

daripada tunggulnya. Di kalangan haiwan, span,

snidaria, dan cacing ringkas menunjukkan kuasa

pertumbuhan semula yang luar biasa. Ia boleh

dipotong kecil-kecil dan setiap potongan boleh

tumbuh menjadi haiwan yang baru. Tapak sulaiman

boleh tumbuh tangan yang baru. Udang krai, ketam,

dan lain-lain haiwan berkaitan boleh tumbuh cakar,

mata, dan kaki yang baru.

UMUM 
KATALEPSI

Katalepsi ialah suatu keadaan sementara apabila

seseorang itu hilang keupayaan untuk bergerak

secara sukarela. Orang yang menghidap katalepsi

bukan lumpuh, tetapi hanya hilang kemahuan

untuk bergerak.

UMUM 
1234

Kembali ke atas